Seorang bekas Adun yang pernah menjadi Pengerusi PAC di peringkat negeri Selangor, Mazlan Harun menyifatkan laporan PAC mengenai 1MDB yang dibentangkan di Parlimen baru-baru ini sebagai sesuatu yang amat memalukan rakyat dan negara.
Katanya, laporan itu langsung tidak komprehensif kerana tidak memanggil banyak saksi yang relevan berkaitan masalah 1MDB, malah tidak disertakan dengan laporan audit yang sehingga kini kekal diletakkan dibawah OSA.
Bekas Adun Lindungan itu menjelaskan, hakikatnya intipati audit adalah kunci kepada proses menyediakan Laporan PAC dan tanpanya, tiada sebarang laporan dapat dimuktamadkan.
Menurut Mazlan yang berpeluang memikul tanggungjawab itu selama 8 tahun, dengan kedua-dua perkara itu gagal dilakukan oleh PAC yang diketuai oleh Hasan Ariffin, laporan yang dibentangkan di Parlimen itu langsung "tak boleh pakai."
Tambahnya, lebih memalukan ialah kerana hanya beberapa hari setelah laporan itu dibentangkan, International Petroleum Investment Corporation atau IPIC telah menghantar laporan kepada London Stock Exchange menafikan Aabar BVI yang menerima RM14,000 juta cagaran sekurit daripada 1MDB, sebagai anak syarikat atau ada kaitan dengannya.
Tegasnya, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Laporan PAC mengenai Aabar BVI kelihatan tergantung sedangkan mereka sepatutnya mengumpul bukti sebanyak mungkin sebelum menyiapkan laporan dan membentangkannya di Parlimen.
"Jelas Laporan PAC mengenai 1MDB itu sangat memalukan, malah bagi saya tidak ubah seperti tisu tandas saja layaknya," kata beliau dalam satu perbualan telefon dengannya.
Sebab itulah, ujar Mazlan lagi, lebih banyak masalah timbul setelah laporan itu dibentangkan berbanding ia sepatutnya menunjukkan jalan penyelesaian kepada semua pihak.
Sehubungan itu, kata Mazlan yang merupakan anak bekas Menteri Besar Selangor, Harun Idris, sepatutnya Hasan Ariffin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PAC dengan serta-merta ekoran kepimpinannya yang memalukan rakyat dan negara itu.
"Tidak ada sebab lagi Hasan perlu duduk sebagai Pengerusi PAC sekarang ini. Beliau telah memalukan semua orang dan kita semua turut malu dengan kerja dan kepimpinannya," tegas beliau dengan nada kecewa, walaupun mengakui Pengerusi PAC itu adalah juga kenalan baiknya. (SH).
ASS..WR.WB.SAYA IBU RITA TKI HONGKONG INGIN BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA EYANG WORO MANGGOLO,YANG SUDAH MEMBANTU ORANG TUA SAYA KARNA SELAMA INI ORANG TUA SAYA SEDANG TERLILIT HUTANG YANG BANYAK,BERKAT BANTUAN EYANG SEKARAN ORANG TUA SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTAN2NYA,DAN KEBUN YANG DULUNYA SEMPAT DIGADAIKAN SEKARAN ALHAMDULILLAH SUDAH BISA DI TEBUS KEMBALI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN EYANG WORO MANGGOLO,YANG MEMBERIKAN ANGKA RITUALNYA 4D HONGKONG KEPADA SAYA DAN TIDAK DI SANGKA SANGKA TERNYATA BERHASIL,BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU SAMA SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI NO HP: (-0823-9177-2208-) EYANG WORO MANGGOLO JANGAN ANDA RAGU ANGKA RITUAL EYANG WORO MANGGOLO SELALU TEPAT DAN TERBUKTI INI BUKAN REKAYASA SAYA SUDAH MEMBUKTIKAN SENDIRI.
ReplyDeleteangka;GHOIB: singapura
angka;GHOIB: hongkong
angka;GHOIB; malaysia
angka;GHOIB; toto magnum
angka”GHOIB; laos…
angka”GHOIB; macau
angka”GHOIB; sidney
angka”GHOIB: vietnam
angka”GHOIB: korea
angka”GHOIB: brunei
angka”GHOIB: china
angka”GHOIB: thailand
ANGKA TOGEL JITU 2D 3D 4D 5D 6D
الالله صلى الله عليه وسلموعليكوتهله صلى الل