`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 17, 2016

SPRM Kepung Balai Polis



Butterworth, 17 Apr: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang telah mengepung Balai Polis Ayer Itam sebelum menahan lima anggota balai berkenaan pada awal pagi Sabtu.

Harian Metro melaporkan, serbuan jam 3 pagi itu dibuat kerana kesemua mereka yang ditahan dipercayai terbabit dalam rasuah membabitkan sejumlah amaun yang besar.

Kesemua mereka ditahan ketika berada di dalam bilik balai berkenaan.

Menurut Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M Samarajoo, semua lima anggota tersebut masih ditahan untuk siasatan lanjut berhubung laporan yang diterima oleh pihaknya.

"Mereka kini ditempatkan di lokap SPRM untuk siasatan lanjut dan akan dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan diambil," katanya.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Ghafar Rajab mengesahkan serbuan dan penahan anggotanya itu. -Siakapkeli.my

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.