`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 13, 2021

‘Doktor’ jadi dalang edar syabu ditahan

 

Seorang lelaki dikenali sebagai ‘doktor’ bersama dua lagi rakannya ditahan selepas dipercayai menjadi dalang utama sindiket edar dadah di sekitar daerah Sipitang di Sabah. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki dikenali sebagai “doktor” bersama dua lagi rakannya ditahan selepas dipercayai menjadi dalang utama sindiket edar dadah di sekitar daerah Sipitang di Sabah.

Ketua Polis Daerah Sipitang, Champin Piuh berkata, tiga suspek itu ditahan susulan serbuan awal di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Pasir, pukul 11.30 pagi, 8 Julai lalu.

Beliau berkata, serbuan di rumah berkenaan berjaya menahan dua lelaki dan menemui paket plastik lutsinar pelbagai saiz di dalam satu kotak di atas meja yang kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki dipercayai ahli rangkaian sindiket didalangi “doktor” terbabit.

“Salah seorang yang ditahan dikenali dengan nama gelaran ‘Doktor@Ajak’. Suspek terbabit berperanan sebagai pengedar dadah syabu manakala dua rakannya itu adalah ahli sindiketnya,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Champin berkata, suspek dipercayai mengedar dalam bentuk set atau “bal” dengan berat 5gram hingga 500gram pada harga RM20 hingga RM5,000 di sekitar daerah ini.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas ketiga-tiga suspek didapati positif dadah syabu dan semua suspek berusia antara 30 hingga 50 tahun itu kini direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.