`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 13, 2021

Leka berhibur dalam bilik hotel, 4 penguat kuasa antara 12 ditahan

 

Menurut polis, semua individu yang terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berusia antara 20 dan 35 tahun itu ditahan ketika leka berhibur dalam bilik hotel.

PETALING JAYA: Polis menahan 12 individu, termasuk empat penjawat awam, dalam serbuan ke atas parti liar yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara pada Ahad.

Serbuan pada 9 malam itu dijalankan hasil maklumat orang awam dan risikan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah.

Beliau berkata, semua individu yang terdiri daripada sembilan lelaki dan tiga wanita tempatan berusia antara 20 dan 35 tahun itu ditahan ketika leka berhibur.

“Semua 12 individu ditahan atas kesalahan mengadakan majlis sosial dan empat daripada mereka didapati anggota penguat kuasa,” kata Zainal semalam, menurut laporan Harian Metro.

Polis turut merampas dadah jenis pil dan dua botol air ketum, tambahnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) akta sama, serta kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) 2021. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.