`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 22, 2021

Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh tak terlibat kenakan caj kepada waris jenazah

 

Pihak Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh tidak sama sekali terlibat dalam mengenakan caj kepada waris si mati.

KUALA LUMPUR: Hospital Sungai Buloh menjelaskan Jabatan Forensik hospital itu hanya terlibat dalam mengendalikan urusan pengambilan jenazah dari wad sehingga tempat penyimpanan dan pengurusan jenazah Covid-19 serta bukan Covid-19 sahaja.

Pengarah Hospital Sungai Buloh Dr Kuldip Kaur dalam kenyataan berkata pihak Jabatan Forensik tidak sama sekali terlibat dalam mengenakan caj kepada waris si mati.

“Semua waris perlulah berurusan sendiri dengan syarikat yang dipilih oleh waris bagi pengurusan pengebumian pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab dakwaan menerusi satu mesej suara dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini mengenai caj pengurusan jenazah pesakit Covid-19 yang mencecah hingga RM9,000. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.