Andrew Lee, 70, adalah salah seorang pelopor dalam industri produk berpantulan cahaya dan pakaian keselamatan di Malaysia ini. Produk-produk khusus dihasilkan untuk para pekerja yang bekerja di jalan raya yang sibuk, contohnya seperti pekerja pembinaan, pemandu lori tangki, jurutera lapangan, juruteknik dan sebagainya.
Segalanya bermula ketika beliau pertama kali menceburi bidang pekerjaan yang berbahaya iaitu sebagai seorang juru ukur. Kenderaan bergerak dengan amat laju dan sangat hampir dengan beliau dan rakan-rakan sekerja di tapak pembinaan jalan, sepanjang masa siang dan malam.
Bimbang akan keselamatan mereka, Lee sedar pakaian dengan pantulan cahaya yang boleh dilihat dari jauh, boleh melindungi nyawa mereka.
“Saya rasa sangat tidak selamat terutama bila lori besar memintas. Ketika itu, sekitar 1970-an, tidak ada piawaian keselamatan. Pada masa itu, peraturan agak longgar dan tidak ada piawaian atau butiran terperinci mengenai pemantul cahaya seperti sekarang.”
“Saya pasti, kami dapat menjaga keselamatan kami semasa berkerja dengan memakai vest keselamatan yang boleh dilihat dari jauh” kata Lee.
Lee menubuhkan Tritech Sdn Bhd pada 1982, menawarkan khidmat juru ukur kejuruteraan kepada pemaju, kontraktor, dan pembina jalan raya.
Pada tahun 1991, Lee melebarkan perniagaannya kepada pembekalan bahan-bahan pantulan cahaya dan produk keselamatan jalan raya. Tritech kini antara pembekal penting produk keselamatan jalan raya di Malaysia.
“Misi Tritech adalah membangunkan dan memasarkan pelbagai produk yang membantu meningkatkan kebolehlihatan seseorang dan juga objek, sekaligus menambahbaik keselamatan di jalan raya dan dapat menyelamatkan nyawa,” katanya.
“Kami melangkah masuk ke pasaran pakaian keselamatan dengan pemantul cahaya apabila memenuhi permintaan dari Tenaga Nasional Berhad.
“Ketika itu, kru teknikal di lapangan sekadar memakai vest pantulan cahaya biasa. Apa yang kami buat adalah, menghasilkan vest menggunakan fabrik dengan kebolehlihatan tinggi dan bahan pantul cahaya, dengan lambang TNB tersemat di depan dan panel belakang ‘Tenaga Nasional’ yang dicetak pada lapisan pemantul cahaya, siap dengan jawatan kakitangan berkenaan.
“Jurutera TNB dan kakitangan mereka begitu kagum dengan vest itu. Mereka bangga memakainya, malah ada yang memperagakannya di pejabat pertama kali menerimanya,” diceritakan semula oleh Lee.
Dahulu, vest keselamatan hanyalah pakaian yang ringkas dengan 4 keping pemantul cahaya sepanjang 10cm dan lazimnya dipakai oleh pekerja perbandaran.
Tritech menawarkan tiga kategori barangan:
- Peralatan Perlindungan Diri (PPE): Pakaian kebolehlihatan tinggi seperti vest keselamatan dan baju hujan.
- Pengurusan Trafik: Kon, tiang getah boleh lantun, penghadang jalan, papan tanda pembinaan, tali “delineator”, lampu jalan dan papan anak panah.
- Keselamatan kenderaan: Segitiga keselamatan untuk kegunaan kecemasan ketika meletak kereta di tepi jalan, vest keselamatan untuk pemandu syarikat utiliti, dan pemantul cahaya untuk kenderaan perdagangan.
Kelebihan produk Tritech berbanding pesaing
Matlamat utama perniagaan Tritech adalah membekalkan produk keselamatan jalan raya yang mematuhi piawaian Malaysia dan selaras piawaian Kesatuan Eropah, yang merangkumi i) MS1731 untuk vest keselamatan ii) MS1409 untuk segitiga keselamatan bagi kenderaan bermotor, iii) MS2294 untuk segitiga keselamatan bagi kenderaan perdagangan, dan iv) MS828 untuk pemantul cahaya bagi bahagian belakang kenderaan perdagangan.
Produk Tritech didatangkan dengan warna “fluorescent” yang terang,berserta bahan pemantul cahaya berjenama ORALITE. Ciri-ciri ini menjadikan ia amat mudah dilihat pada hari siang dan waktu malam.
Malangnya, banyak kemalangan di jalan raya dan tapak pembinaan berlaku kerana tahap penglihatan yang kurang baik. Kemalangan boleh dikurangkan sekiranya sebarang benda berbahaya dan lencongan, ditanda dengan “delineators” yang mempunyai indeks pemantulan cahaya yang tinggi.
1. Jalan dan lebuh raya
Pekerja yang bertugas di tepi jalan, kadang-kala dilanggar oleh kenderaan, kerana mereka tidak memakai vest pantulan cahaya dengan warna yang terang, terutamanya di waktu malam.
Tritech menghasilkan vest dengan kebolehlihatan tinggi yang memenuhi piawaian di Malaysia iaitu MS1731, bersamaan dengan piawaian antarabangsa EN471 (Eropah) dan ANSI (Amerika Syarikat).
Terdapat tiga tahap pakaian dengan kebolehlihatan tinggi yang ditetapkan oleh Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan:
- Kelas 1 : Dipakai oleh pekerja tempat letak kereta, pengawal keselamatan, pemandu “forklift”, dan pekerja pembinaan di mana kenderaan-kenderaan bergerak pada kelajuan perlahan tidak melebihi 40km/j.
- Kelas 2 : Dipakai oleh pekerja lebuh raya seperti pengawal bendera dan pengawal lalu lintas di mana kenderaan bergerak pada kelajuan sederhana antara 40-80km/j.
- Kelas 3 : Untuk mereka yang bekerja dalam persekitaran yang amat terdedah kepada bahaya, seperti petugas lebuh raya dan anggota polis, di mana kenderaan bergerak pada kelajuan melebihi 80km/j.
2. Zon pembinaan
Pencahayaan di kawasan-kawasan ini kebiasaannya kurang baik, dan lagi teruk apabila hari hujan, dan barangan pengurusan trafik kerap dipindahkan mengikut jadual pembinaan.
Produk pengurusan trafik dari Tritech, didatangkan dengan pemantul cahaya bermutu tinggi dengan pelbagai gred untuk meningkatkan kebolehlihatan dan memberi arah kepada kenderaan, terutama di waktu malam dan ketika hujan.
Gred pemantul cahaya yang ditawarkan:
- Gred Perdagangan : Digunakan untuk pelekat iklan, tanda arah, dan tanda pembinaan.
- Gred Kejuruteraan : Digunakan pada kepala kon, “delineators” di dalam taman dan jalan pedalaman, tanda arah dan papan tanda pembinaan.
- Gred “High Intensity” : Digunakan pada kepala kon, dan “delineators” di sepanjang jalan persekutuan.
- Gred “Prismatic High Intensity” : Digunakan pada tanda arah, papan tanda pembinaan berwarna “fluorescent”, “delineators” di sepanjang jalan persekutuan dan lebuh raya bertol.
Seringkali terjadinya kemalangan maut adalah kerana pemandu tidak dapat melihat dengan jelas, lalu secara tidak sengaja merempuh kenderaan perdagangan yang diletakkan di bahu jalan. Justeru itu, Akta Pengangkutan Jalan menetapkan syarat, agar dua pemantul cahaya MS828 dipasang pada bahagian belakang kenderaan perdagangan supaya pengguna jalan raya sedarakan keberadaannya.
Sekiranya ia tidak memantulkan cahaya pada waktu malam, walaupun disimbahi cahaya dari kenderaan yang mendatang, jelas sekali stiker pantulan cahaya itu tidak mematuhi piawaian MS828. Pemantul cahaya MS828 sangat terang dan boleh dilihat dalam gelap sejauh 200m apabila disimbahi cahaya kenderaan.
Selain pemantul cahaya MS828, pemandu kenderaan yang terkandas perlu memasang segitiga keselamatan MS2294 (bagi kenderaan perdagangan) atau MS1409 (bagi kenderaan persendirian) sebagai amaran awal, agar pengguna lain tahu akan bahaya di tepi jalan, dan juga menjaga keselamatan kenderaan dan pemandu yang terkandas tersebut.
Semua produk yang dibekalkan Tritech adalah bermutu tinggi dan memenuhi syarat JPJ, JKR, LLM, DBKL, dan pihak berkuasa tempatan lain.
Semua barangan keselamatan jalan raya seharusnya menepati syarat piawaian keselamatan dan lengkap dipasang dengan pemantul cahaya yang bermutu bagi meningkatkan kebolehlihatan dan membantu pemandu mengelak dari bahaya.
Meningkatkan darjah penglihatan boleh meningkatkan keselamatan dan mengurangkan kemalangan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.