`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, July 13, 2021

Kerajaan arah sisa elektronik dari AS dihantar pulang

 

Jabatan Alam Sekitar mengarahkan kontena mengandungi sisa elektronik dihantar pulang ke Amerika Syarikat kerana dibawa masuk tanpa kebenaran pihak berkuasa di negara ini. (Gambar DoE)

GEORGE TOWN: Satu kontena mengandungi sisa elektronik dari Amerika Syarikat (AS) diarah dihantar pulang kerana tidak memperoleh kebenaran memasuki negara ini selepas didapati berada di pelabuhan Butterworth di sini, semalam.

Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dalam kenyataannya berkata, sisa elektronik berkenaan dibawa masuk secara haram untuk dilupus di negara ini, sekali gus melanggar Konvensyen Basel, yang menghendaki kebenaran dari negara penerima atau mana-mana laluan masuk melaluinya.

“Mengikut konvensyen berkenaan, semua sisa elektronik perlu diurus dan dilupus oleh negara asal, melainkan wujud alasan ketiadaan fasiliti di negara asal berkenaan,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Hasil siasatan mendapati pihak jabatan terbabit menemui skrin pad elektronik, papan litar dan komponen elektronik pelbagai jenis yang dipecahkan dalam bentuk kecil.

Kenyataan itu berkata, adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak mengimport bahan buang berjadual tanpa mendapatkan kebenaran daripada ketua pengarah dan yang membawa kepada denda RM500,000 atau maksimum lima tahun penjara sekiranya didapati bersalah.

Semua sisa elektronik perlu dilupus secara teliti kerana mengandungi logam berat yang mengundang bahaya ke atas kesihatan sekiranya tidak diurus secara mesra alam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.