`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, July 11, 2021

Lelaki pandu melulu, langgar MPV polis diburu

Keadaan MPV yang mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan sehingga tidak dapat bergerak, selepas dilanggar Proton Iswara Aeroback dipandu suspek.

PETALING JAYA: Polis memburu seorang lelaki yang memandu keretanya secara melulu dan melanggar kereta peronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Subang Jaya di Subang Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Abd Khalid Othman berkata dalam kejadian 7.25 malam itu, suspek yang menaiki Proton Iswara Aeroback diarah berhenti untuk pemeriksaan oleh anggota peronda, selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan di sekitar Jalan PJS 7/19, Bandar Sunway.

Ketika berhenti, suspek tiba-tiba mengundur dengan laju sehingga melanggar MPV dinaiki anggota peronda sebelum melarikan diri, tetapi dia disekat sekali lagi di jalan susur keluar Lebuhraya NPE.

“Suspek bagaimanapun sekali lagi mengundurkan kenderaannya dan melanggar MPV itu, mengakibatkan kerosakan teruk di bahagian hadapan sehingga tidak dapat bergerak,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, dua anggotanya yang terlibat dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan.

Khalid berkata, siasatan awal mendapati kenderaan digunakan suspek dilaporkan hilang di Batu 9, Cheras pada 21 Jun lalu.

Susulan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 188 kanun sama kerana mengingkari perintah penjawat awam serta Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara melulu. - FMT 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.