`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 3, 2021

Payung Yang Koyak Robak-Rabik

 Hari-hari dan tanpa putus tajuk berita dalam negara kita membawa kisah yang makin tidak berguna. Atau "useless news" dalam bahasa mudah. Berita yang bukan saja tidak bermanfaat apa pun bagi rakyat negara tetapi berita yang lahir daripada fe'el dan perbuatan tidak berguna oleh orang besar dan pemimpin negara.




Zahid bohong ke tak bohong ke, tak ada kena-mengena dengan nasib tuan-tuan. Samada Zahid bohong atau tak bohong, rakyat marhaen yang menghadapi pelbagai cabaran sekarang tidak akan kurang kesedihan mereka. 

Takiyuddin resign ke tak resign ke tidak membawa sebarang erti yang berguna bagi nasib majoriti besar penduduk negara kita. Ahli MT Umno resign atau tidak resign tidak akan beri kesan positif apa pun kepada negara kita. Nasib tuan-tuan tidak akan berubah - akan sama juga.

Jadi semua berita ini adalah berita yang tidak berguna apa pun. Useless news. Tapi ramai juga muka-muka orang dalam tajuk-tajuk berita di atas. Maksudnya mereka mewakili organisasi, parti, jabatan dsbnya yang kononnya tujuannya adalah untuk menjaga kebajikan rakyat.

Tetapi yang hakikatnya tidak ada apa pun kebajikan orang yang dibela. Saudara kopiah putih itu pun minta maaf atas kenyataan tak masuk akal  menentang 'bendera putih'.  Pasal apalah dia nak menentang bendera putih? Bendera putih itu cuma alat isyarat saja.   Macam lampu merah dan lampu hijau di tengah jalan. Bila merah kita berhenti lah. Bila hijau kita jalan. Tak ganggu akidah siapa pun.  

Kes orang bunuh diri itu pun signal juga. Mereka sedang memberi signal atau isyarat bahawa masyarakat kita sudah gagal membela nasib mereka. Kerajaan, pak lebai, guru sekolah, sistem pendidikan, perdana menteri dan semua sekali gagal. Jadi dia terjun-lah membunuh diri daripada tingkat sepuluh ke, tingkat dua puluh ke. 

Yang makin jelas, nyata, terang dan tersuluh ialah bahawa nasib rakyat negara kita, atau rakyat biasa tidak diambil peduli oleh orang yang sepatutnya diharapkan orang ramai sebagai payung pembela atau tempat berteduh atau saf-saf hadapan atau kubu pertahanan bagi rakyat.       

Kita lihat sewaktu pemerintahan kleptocrat dan pencurian berpuluh billion Ringgit duit rakyat. Yang mencuri itu adalah pemimpin negara. Orang yang diberi amanah oleh rakyat untuk menjaga harta negara. Apa dia buat? Dia curi duit kita untuk berjoli, beli handbag, beli cincin berlian RM juta-juta dan macam-macam lagi. 

Akhir sekali yang menyelamatkan negara kita adalah tuan-tuan juga - rakyat marhaen - yang telah menolak puak kleptokrat di peti undi. Satu kemenangan besar oleh rakyat.  Syabas dan tahniah. Rakyat terpaksa membela nasib mereka sendiri.  Kita tidak boleh harap lagi kepada puak-puak pembohong yang telah pecahkan amanah mereka untuk menjaga harta rakyat dan menjaga kepentingan rakyat.

Lepas itu pada malam kemenangan ada pula puak lain yang cuba melewatkan kemenangan rakyat. Rakyat marhaen terpaksa tunggu lewat malam sebelum pemimpin pilihan mereka boleh angkat sumpah. 

Sekali lagi jika berpuluhan ribu rakyat marhaen tidak berkumpul pada malam kemenangan itu dan mendesak untuk kemenangan mereka dipatuhi kita tak tahulah apa-kah kesudahan lain yang mungkin terjadi pada malam itu.

Sekali lagi rakyat marhaen yang terpaksa ke depan untuk membela nasib sendiri.   

Yang sedihnya sampai ke hari ini nasib rakyat biasa masih dipinggirkan. Orang kaya dan orang besar sibuk dengan menjaga  urusan mereka sendiri. 

Lihatlah sekali lagi gambar-gambar di atas. Mereka sibuk jaga kedudukan, jawatan, dan periuk nasi mereka dulu. 

Tuan-tuan,  payung semua sudah tak ada. Payung sudah koyak.  

Kita Jaga Kita.


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.