`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, July 3, 2021

Tak serik, pemilik pusat hiburan dikompaun kali ketiga

 

Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah berkata pihaknya akan mencadangkan pembatalan lesen premis perniagaan itu dalam masa terdekat.

PETALING JAYA: Seorang pemilik pusat hiburan nyata tidak serik diambil tindakan apabila tetap beroperasi ketika penguatkuasaan Fasa Satu kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara.

Ketua Polis Daerah Kuching Ahsmon Bajah berkata pemilik premis itu dikompaun bernilai RM10,000, malah ini sebenarnya kali ketiga dia dikenakan tindakan.

“Semakan polis mendapati pusat hiburan itu pernah dikompaun dua kali sebelum ini iaitu pada Ogos 2020 dan Mac 2021 atas kesalahan membuka premis lebih dari masa ditetapkan dalam tempoh perintah kawalan pergerakan bersyarat dan tiada penjarakan fizikal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahsmon berkata susulan keingkaran berterusan daripada pemilik premis terbabit, pihaknya akan mencadangkan pembatalan lesen premis perniagaan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pemeriksaan dilakukan di premis itu kira-kira 10.30 malam tadi menerusi Op Patuh yang turut disertai Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri Sarawak.

Pada masa sama, katanya, sembilan pelanggan berumur 19 hingga 32 tahun yang berada di dalam premis itu turut dikompaun RM2,000 seorang.

Katanya, 11 kompaun telah dikeluarkan melibatkan dua premis dan 31 individu di bandar raya itu sejak Op Patuh dilancarkan, dengan jumlah keseluruhan kompaun mencecah RM64,000. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.