Presiden Umno berkata kenyataan yang bukan daripada beliau dan ketua parti adalah komen peribadi.
katanya pada sidang media selepas menutup konvensyen Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).Selagi presiden parti atau ketua parti tidak mengeluarkan sebarang kenyataan, kenyataan-kenyataan itu adalah berbentuk peribadi,
Susulan kemenangan Barisan Nasional pada PRK DUN Mahkota 28 Sept lalu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi Nur Jazlan Mohamed dalam analisisnya berkata PH patut memohon maaf secara terbuka kepada Umno atas serangan selama berdekad terhadap parti itu.
Nur Jazlan berkata, segala ‘tohmahan, tuduhan dan persepsi’ yang PH cipta sejak berpuluh tahun itu menyebabkan Umno dipandang kotor oleh pengundi, namun hari ini gabungan tersebut memerlukan Umno untuk menjadi kerajaan.
Komennya dikritik beberapa pemimpin PH.
Zahid hari ini meminta pemimpin Umno untuk tidak ‘usik’ komponen kerajaan perpaduan.
Tidak perlu minta maaf, jangan usik rakan-rakan komponen di dalam parti-parti kerajaan perpaduan. Kita harus menghormati antara satu sama lain.
Selama lebih dua dekad, komponen PH iaitu PKR, DAP, dan Amanah berseteru dengan parti BN terutama Umno, MCA, dan MIC.
Menyahut seruan Yang di-Pertuan Agong untuk memecahkan kebuntuan politik PRU 2022, dua pesaing itu bergabung membentuk kerajaan bersama gabungan politik di Sabah dan Sarawak.
Semalam, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi mengumumkan parti itu mahu memperkukuh kerjasama dan gerak kerja bersama parti komponen kerajaan perpaduan, kerana kemenangan di DUN Mahkota isyarat rakyat menerima baik model kerajaan perpaduan.
Zahid berkata, Umno mesti mengekalkan perpaduan itu.
Menyusuli pertemuan dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini, menurut Zahid,
Kita ketepikan perbezaan pandangan ini dan kita mesti berjalan ke hadapan untuk menjalin kerjasama yang baik bagi menghadapi apa sahaja kemungkinan termasuk PRK atau PRU.
Gabungan yang membentuk kerajaan perpaduan akan diuji sekali lagi pada PRN Sabah. Penggal DUN Sabah akan tamat pada September tahun depan. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.