KKM memaklumkan langkah itu berikutan selesainya urusan pengambilan terkini yang menyaksikan hanya 600 perjawatan tetap diisi kerana jumlah kekosongan terhad.

Dalam kenyataan, KKM memaklumkan langkah itu berikutan selesainya urusan pengambilan terkini yang menyaksikan hanya 600 perjawatan tetap diisi kerana jumlah kekosongan terhad.
Menurut kementerian, baki pegawai farmasi kontrak tidak dapat diserap kerana tiada tambahan jawatan tersedia daripada perjawatan yang telah diluluskan.
“Turut disahkan bahawa status simpanan bagi calon telah luput pada Oktober lepas, selaras dengan prosedur pelantikan sedia ada,” menurut kenyataan itu.
KKM memaklumkan, pegawai farmasi yang layak, termasuk mereka yang sebelum ini dalam senarai simpanan, dikehendaki mengemukakan permohonan baharu sebaik sahaja pengambilan diumumkan.
“KKM komited terhadap perancangan tenaga kerja yang telus, berasaskan merit dan selaras keperluan perkhidmatan serta kapasiti perjawatan yang diluluskan,” menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, media melaporkan nasib 730 pegawai farmasi kerajaan berada dalam keadaan tidak menentu apabila janji untuk menyerap mereka ke jawatan tetap masih belum ditunaikan.
Senator Dr RA Lingeswaran berkata, mereka adalah sebahagian daripada 1,330 pegawai ‘sementara’ yang sepatutnya ditawarkan jawatan tetap pada Oktober lalu, namun akhirnya hanya 600 orang yang diserap. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.