Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata semua mangsa dipercayai melabur dalam dua syarikat antara 2021 hingga 2024.

Setakat ini, dua individu ditahan dengan lima premis di sekitar Lembah Klang digeledah pada Rabu dan Khamis lalu.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, berkata dua kertas siasatan dibuka dan pihaknya sedang menjejak aliran dana diseleweng bagi tujuan pemulihan.
“Kita percaya dalam masa terdekat ini, akan ada banyak lagi akaun bank dibekukan,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata, semua mangsa dipercayai melabur dalam dua syarikat antara 2021 hingga 2024, dengan sebahagiannya melabur sejumlah pelaburan besar dan mengharapkan pulangan lumayan.
SPRM dilaporkan mula menyiasat seorang pakar pelaburan terkenal bergelar Tan Sri selepas mendapat maklumat berlaku penyelewengan sekitar RM10 juta.
Tetapi, siasatan mendapati penyelewengan itu mungkin mencecah ratusan juta ringgit.
Khamis lalu, Mahkamah Majistret Putrajaya membenarkan permohonan SPRM mereman seorang lelaki berusia 60-an yang bergelar Tan Sri selama empat hari hingga esok untuk disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. - FMT


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.