Ketua Polis Jasin, Lee Robert berkata kejadian itu menyebabkan dua individu cedera kerana dipukul.

Ketua Polis Jasin, Lee Robert berkata semua suspek berusia antara 20 hingga 29 tahun itu ditahan dalam beberapa serbuan berasingan di sekitar Melaka antara 3 petang hingga 6.50 petang semalam.
“Polis turut merampas beberapa barangan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan termasuk lima telefon bimbit, pakaian, kasut, selipar serta sebatang kayu berwarna coklat.
“Permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Jasin hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.
Lee berkata dua mangsa yang menerima rawatan di Hospital Melaka akibat kejadian itu dilaporkan berada dalam keadaan stabil.
Semalam, Lee dilaporkan berkata dua lelaki cedera parah selepas dipercayai dipukul dalam pergaduhan melibatkan dua kumpulan lelaki di tepi jalan berhampiran perhentian bas di Jalan Gapam.
Beliau dipetik sebagai berkata berkata dalam kejadian kira-kira 12.10 tengah malam itu, mangsa seorang penganggur berusia 21 tahun mengalami kecederaan serius pada kepala, manakala seorang lagi mangsa berusia 28 tahun yang bekerja sebagai pemandu lori mengalami pendarahan dalam otak selain patah tangan dan kaki kiri. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.