Menterinya Arthur Joseph Kurup berkata pihaknya tidak berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup, berkata kementerian mengambil maklum mengenai siasatan yang sedang dijalankan dan menegaskan komitmennya terhadap prinsip ketelusan, akauntabiliti serta kedaulatan undang-undang dalam setiap aspek pengurusan hidupan liar negara.
“NRES sedia memberikan kerjasama penuh dan menyeluruh kepada pihak berkuasa sepanjang proses siasatan ini berlangsung bagi memastikan proses siasatan dapat dilengkapkan secara menyeluruh dan telus,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Arthur berkata kementerian tidak berkompromi atau melindungi mana-mana pihak sekiranya terbukti wujud sebarang salah laku, penyelewengan atau pelanggaran prosedur dalam urusan pemindahan berkenaan.
Beliau berkata pendirian itu penting bagi memelihara integriti institusi serta nama baik negara di peringkat antarabangsa.
SPRM semalam mengesahkan kertas siasatan berhubung isu pemindahan DAK telah dibuka susulan dakwaan berlaku ketirisan dan penyelewengan dalam urusan berkenaan.
Pada 18 Jun lepas, pertubuhan Hak Asasi Hidupan Liar Malaysia (Hidup) telah menggesa SPRM menjalankan siasatan berhubung pemindahan DAK.
Pertubuhan berkenaan turut mendakwa terdapat bayaran berkaitan urusan tersebut yang tidak disalurkan kepada kerajaan selain mengaitkan beberapa individu dengan transaksi dianggarkan bernilai RM53 juta. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.