`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Tuesday, June 23, 2026

Hamzah Zainudin PM11

 Saya akan bentang tiga senario bagaimana saya jangka Hamzah the operator akan bertindak dan menjadi PM11.

tajuddin rasdi

Dalam beberapa artikel yang lepas, saya membuat cadangan bahawa perdana menteri ke-11 adalah Zahid Hamidi, presiden Umno. Jangkaan saya adalah jika pengundi bukan Melayu tidak keluar mengundi atau mengundi Parti Bersama Malaysia maka Pakatan Harapan akan tewas dan kemenangan akan berpihak kepada PAS dan Umno. Pada ketika itu, jangkaan saya juga Muhyiddin Yassin dan Hamzah Zainudin kecundang sebab pertelingkahan kedua-duanya memudaratkan mereka.

Tetapi dengan terlancarnya Parti Wawasan Negara yang diterajui Hamzah, dan kemungkinan besar Bersatu akan disingkirkan dari Perikatan Nasional, maka saya perlu mengubah cadangan PM kepada Hamzah. Seperti yang dikatakan oleh Khairy Jamaluddin bahawa Hamzah political operator yang licik dan boleh mencantumkan dua parti yang berbeza politik dan idaman seperti PAS dan Umno duduk semeja. Dalam artikel ini, saya akan membentangkan tiga senario bagaimana saya jangka Hamzah the operator akan bertindak dan menjadi PM11.

Sebelum saya melakarkan tiga senario, baik kita imbau sejarah Hamzah dalam kancah politik. Sebagai ahli Umno, Hamzah was a nobody. Saya tak ingat pun nama beliau dikaitkan dengan Umno seperti Zahid, Hishamuddin Hussein, KJ dan sebagainya. Seperti Ismail Sabri, siapa yang kenal Hamzah ketika itu? Sewaktu beliau berpindah kepada Bersatu, nama beliau pun tak sehebat sekarang, just another jumper. Tetapi apabila Sheraton Move berlaku, Hamzah became the rising star. Sebagai menteri dalam negeri, beliau mula mengatur taktik sebagai operator politik terbaik. Apabila PN tewas dan menjadi pembangkang, Hamzah menjadi favourite PAS sebagai ketua pembangkang. Beliau menewaskan Muhyiddin dan Azmin Ali kerana Hamzah menjadikan PAS sebagai big brother. Dengan pengaruh sebagai potential PM candidate, Hamzah cuba untuk menjatuhkan Muhyiddin dan menobatkan diri sendiri sebagai presiden Bersatu tetapi usaha itu gagal dan semua operators Hamzah termasuk beliau dipecat.

Saya fikir ketika itu terkuburlah Hamzah tetapi tup tup dia minum teh tarik dengan Hadi Awang sejurus selepas kena pecat. Kemudian sewaktu Hamzah dalam buangan, Ahmad Samsuri Mokhtar dilantik ketua pembangkang maka saya pasti riwayat Hamzah is over. Namun demikian, kini Hamzah kembali sebagai ketua pembangkang dan bergaya sebagai ketua parti sendiri menggantikan pemecat beliau, Muhyiddin, apabila Bersatu disingkirkan. Kata orang puteh this guy Hamzah macam kucing dan has nine lives!

Kes senario pertama adalah jika PAS menang besar dalam PRU16 dan Umno mempunyai bilangan kerusi yang tidak melebihi parti itu, sudah tentu PAS akan menobatkan Hamzah sebagai PM. Pertamanya adalah sebab Hamzah kembali sebagai ketua pembangkang setelah ‘pencen’ sekejap dan pengganti yang tidak pernah berbahas Samsuri diarah ‘pencen’ selepas 28 hari. Hamzah adalah calon PAS yang boleh mebawa imej moderat di mata GPS dan GRS di Sabah dan Sarawak serta beliau juga akan menjadi PM boneka untuk semua kehendak Parti Islam Se-Malaysia. Rakyat pun tidak perlu gusar kerana ustaz-ustaz PAS akan nampak seolah-olah dibendung oleh seorang bekas Umno yang difikirkan sebagai moderat. Malahan pula, Saifuddin Abdullah sibuk meniupkan seruan ‘multi-racial politics’ dan ‘no ketuanan Melayu’ untuk menjual parti barunya, Parti Wawasan Negara.

Dalam kes senario kedua, kalau Umno menang besar daripada PAS dan PN, Hamzah boleh lagi dinobatkan sebagai PM11. Bagaimana pula ini boleh berlaku? Bukankah Zahid is in complete control of Umno? Pertama, Hamzah mungkin akan membawa argument bahawa oleh kerana Zahid dan Umno ada banyak kes rasuah di mahkamah dan dalam sejarah maka lebih elok dilantik calon PM yang ‘Mr Clean’. Kedua, dalam Umno pun memang ada group anti-Zahid yang dulunya KJ, Hishamuddin dan sekarang mungkin Akmal Saleh with Onn Hafiz Ghazi. Untuk ketiga-tiga mereka menjadi menteri maka a deal can be struck with Hamzah. So, Hamzah will be PM11 walaupun Umno menang besar.

Dalam kes senario ketiga, kalaupun PAS tiba-tiba mencalonkan Samsuri sebagai PM11 dan beliau menjawat jawatan itu seketika, Hamzah masih lagi akan menggunakan kehebatan operator skill untuk menyakinkan GPS dan GRS dengan pelbagai tawaran untuk mencalonkan beliau sebagai the more moderate choice. Hamzah juga boleh menggunakan taktik Tun Mahathir dengan mengajak MP Umno masuk Wawasan untuk memperbanyakkan kerusi Parlimen sehingga melebihi PAS dan Umno. Ini pun boleh berlaku dan PAS akan kecundang akhirnya. Saya jangka, dalam kes senario pertama dan kedua, Hamzah akan memastikan Wawasan mempunyai jumlah kerusi Parlimen terbesar dengan perlantikan GLC, menteri dan timbalan menteri yang ramai sampai tak muat tiga bas sekolah.

Walau apa hal sekalipun Hamzah will come up on top. Kehebatan dan kelicikan beliau dari Umno ke Bersatu menjadi menteri penting kepada pemecatan beliau dari Bersatu dan hidup semula dengan Wawasan sudah cukup untuk membuktikan yang Hamzah ada karisma, kelicikan dan mungkin jampi bomoh tersohor yang punya jin terkuat untuk menjawat jawatan idaman, perdana menteri sampai mati. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.