`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, June 22, 2026

Calon Melayu yakin imej DAP bukan halangan di Tiram

 Nor Zulaila Abd Ghani dan Syafwan Ani percaya rakyat menilai berdasarkan keikhlasan, rekod kerja, dan kemampuan selesai masalah.

Nor Zulaila Abd Ghani dan Syafwan Ani
DAP mempertaruhkan Nor Zulaila Abd Ghani di DUN Tiram dan Syafwan Ani di DUN Bukit Permai pada PRN Johor kali ini.
PETALING JAYA:
Calon DAP bagi DUN Tiram, Nor Zulaila Abd Ghani, yakin imej parti bukan halangan untuk beliau meraih sokongan di kerusi majoriti Melayu berkenaan, percaya pengundi lebih menilai keupayaan dan rekod individu bertanding.

Nor Zulaila, 38, yang pernah berkhidmat sebagai ahli Majlis Perbandaran Kajang, menawarkan politik berasaskan khidmat kepada rakyat Tiram.

“Fokus kepada isu seperti jalan berlubang, longkang, lampu jalan, kebersihan kawasan, peluang pekerjaan, pendidikan anak-anak dan kos sara hidup, itulah perkara yang memberi kesan kepada kehidupan seharian rakyat,” katanya kepada FMT.

Zulaila juga mahu menekankan pembangunan berkualiti di Tiram, yang mewujudkan pekerjaan bergaji baik dan membuka peluang kepada warga tempatan.

“Rakyat menilai seseorang calon bukan berdasarkan parti atau kaum tetapi pada keikhlasan, rekod kerja, dan kemampuan menyelesaikan masalah mereka.”

Lebih 63% pengundi di kawasan itu terdiri daripada orang Melayu, dan boleh dianggap sebagai kerusi tradisi Barisan Nasional. Pada PRN lalu, Umno merampas semula kerusi terbabit daripada PKR dengan kelebihan 5,281 undi dalam pertandingan 7 penjuru.

Zulaila pernah berkhidmat sebagai pembantu atau pegawai kepada tiga Ahli Parlimen, dan kini setiausaha sulit kepada Timbalan Menteri Kewangan Liew Chin Tong. Pengalaman lebih 12 tahun dalam perkhidmatan awam dan politik mengajarnya bahawa rakyat mahu wakil yang mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah.

“DAP adalah parti pelbagai kaum, dan ia tidak mewakili satu-satu kaum sahaja. Malah, Pakatan Harapan merupakan gabungan parti-parti pelbagai kaum,” katanya.

Zulaila salah seorang daripada dua calon Melayu yang diumumkan DAP pada 20 Jun lalu untuk PRN Johor kelak.

Mohamad Syafwan Ani, 33, yang akan bertanding di Bukit Permai berkata pengalaman mengajar beliau bahawa rakyat melihat siapa yang “konsisten hadir dan membantu ketika diperlukan”.

“Sepanjang 9 tahun pengalaman saya berkhidmat di Pejabat Parlimen Kulai, saya melalui sendiri pelbagai situasi bersama rakyat daripada isu kebajikan, pendidikan, infrastruktur sehinggalah aduan harian masyarakat,” katanya kepada FMT.

“Saya yakin jika kita bekerja dengan ikhlas, merendah diri dan konsisten, rakyat akan menilai berdasarkan rekod kerja serta usaha yang telah dibuktikan, bukan persepsi semata-mata.”

Pada PRN lalu, BN menang Bukit Permai dengan kelebihan 4,755 undi dalam pertandingan empat penjuru.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon bagi PRN Johor pada 27 Jun, manakala hari pengundian pula pada 11 Julai selepas DUN dibubarkan pada 1 Jun.

DUN Johor mempunyai 56 kerusi dan sebelum pembubaran, BN menguasai 40 kerusi diikuti PH 12, Perikatan Nasional tiga, manakala Muda satu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.