`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, June 21, 2026

Lelaki dilapor hilang 12 hari ditemukan maut di ladang getah

 Mangsa berusia 58 tahun itu dikatakan keluar rumah sejak 10 Jun lepas dengan menaiki motosikal hitam.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian, kata Ketua Polis Baling Brandon Anak Richard Joe. (Gambar Facebook)
BALING:
Lelaki berusia 58 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan ladang getah berhampiran simpang tiga Felda Teloi Kanan dekat sini, hari ini, selepas 12 hari dilaporkan hilang.

Ketua Polis Baling, Brandon Anak Richard Joe, berkata pihaknya menerima panggilan pada 11.50 pagi tadi memaklumkan mengenai penemuan mayat di lokasi berkenaan.

“Pasukan yang ditugaskan ke lokasi mendapati mayat tersebut telah lama dan reput menyebabkan identitinya tidak dapat dikenal pasti.

“Turut ditemukan sebuah motosikal jenis Modenas berwarna hitam berhampiran mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semakan rekod orang hilang mendapati terdapat satu laporan dibuat bapa mentua mangsa di Sik pada 11 Jun lepas.

“Menurut bapa mentuanya, mangsa keluar dari rumah sejak 10 Jun lepas dengan menaiki motosikal yang sama.

“Pengecaman mayat dibuat berdasarkan penemuan kad pengenalan yang ada pada mangsa selain motosikal di lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

“Siasatan dijalankan sebagai mati mengejut (SDR) dan pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.