`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Sunday, June 21, 2026

Program Madani Rakyat Komuniti India perkukuh pembangunan akar umbi

 Kelab Penyokong Kerajaan berkata program itu mencerminkan komitmen untuk membina masyarakat yang lebih sejahtera.

kaum india indian
Kelab Penyokong Kerajaan mengalu-alukan pengumuman enam inisiatif baharu Mitra bernilai RM65.5 juta yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 50,000 masyarakat India di seluruh negara.
PETALING JAYA:
Pelaksanaan Program Madani Rakyat Komuniti India di 80 kawasan Parlimen seluruh negara membuktikan kesungguhan kerajaan memastikan pembangunan masyarakat itu dilaksanakan secara lebih inklusif dan dekat dengan rakyat.

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC), Dr Zaliha Mustafa, berkata pendekatan itu bukan sahaja memperkukuh pelaksanaan dasar di peringkat nasional, malah memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai sehingga ke peringkat komuniti dan kawasan Parlimen.

Dr Zaliha Mustafa
Dr Zaliha Mustafa.

Katanya, ia juga membolehkan wakil rakyat memainkan peranan lebih aktif dalam mengenal pasti keutamaan dan cabaran setempat agar setiap program yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada golongan sasar.

“BBC menyambut baik Program Madani Rakyat Komuniti India yang diumumkan menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra), sambil menyifatkannya sebagai usaha memperkukuh pembangunan masyarakat India di peringkat akar umbi,” katanya dalam kenyataan.

Zaliha berkata, BBC turut mengalu-alukan pengumuman enam inisiatif baharu Mitra bernilai RM65.5 juta yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 50,000 masyarakat India di seluruh negara.

Katanya, inisiatif itu bersama peningkatan peruntukan tahunan Mitra kepada RM150 juta membuktikan komitmen kerajaan dalam memperluaskan akses kepada pendidikan, pembangunan modal insan, keusahawanan, kebajikan dan mobiliti sosial.

Beliau berkata, BBC akan terus menyokong usaha kerajaan yang memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti secara menyeluruh dan memastikan tiada golongan tercicir daripada arus pembangunan negara.

“Program seperti ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk membina masyarakat yang lebih sejahtera, berdaya saing dan inklusif selaras aspirasi Malaysia Madani,” katanya.

Program Madani Rakyat Komuniti India termasuk dalam enam inisiatif baharu bawah Mitra diumumkan Menteri Sumber Manusia, R Ramanan, bulan lalu.

Lima lagi adalah Celik Madani, Kalvi Madani, Uyarvu Madani, Arogya Madani, dan Thunai Madani yang memberi tumpuan kepada aspek pendidikan, keusahawanan, kesihatan, kebajikan sosial dan komuniti bagi memastikan lebih ramai masyarakat India mendapat manfaat secara menyeluruh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.