`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Monday, June 22, 2026

Suami Halimah Sadique meninggal dunia

 Suffian Othman yang merupakan suami kepada bekas menteri perpaduan negara menghembuskan nafas terakhir pada 12.01 tengah malam tadi.

Suami Halimah Sadique, Suffian Othman
Suami Halimah Sadique, Suffian Othman, akan disolatkan di Masjid Saidina Umar Al Khatab, Bukit Damansara, dengan jenazah akan dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
PETALING JAYA:
Suffian Othman iaitu suami kepada bekas menteri perpaduan negara, Halimah Sadique, kembali ke rahmatullah, hari ini.

Dalam pemakluman, Allahyarham meninggal dunia pada 12.01 tengah malam tadi.

Jenazah akan dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khatab, Bukit Damansara, pada 11.00 pagi ini bagi urusan mandi jenazah dan dikafankan.

Jenazah akan disolatkan sejurus selesai solat zohor disusuli pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.