`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Friday, July 10, 2026

Anwar tekad noktah isu klinik uzur, bekalan air di Rengit

 Isu kemudahan kesihatan dan bekalan air bersih ialah hak asas rakyat yang tidak sewajarnya terabai, tegas pengerusi PH.

ANWAR IBRAHIM
Pengerusi PH Anwar Ibrahim, yang juga perdana menteri berkata, aspek keperluan asas seperti bekalan air, perumahan, pendidikan dan fasiliti kesihatan merupakan tuntutan paling mustahak yang wajib diutamakan kerajaan.
BATU PAHAT:
Perdana Menteri Anwar Ibrahim memberi jaminan untuk menoktahkan kemelut klinik uzur dan gangguan bekalan air yang menghimpit penduduk di Rengit bagi memastikan prasarana asas di kawasan itu selari dengan status Johor sebagai negeri maju.

Beliau berkata, isu melibatkan kemudahan kesihatan dan bekalan air bersih ialah hak asas rakyat yang tidak sewajarnya terabai malah perlu diatasi dengan kadar segera.

“Kita ingat klinik itu nak mengubat orang-orang uzur, ini klinik pula yang uzur,” kata Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) pada program Serumpun Kasih Sejiwa Harmoni Grand Finale DUN Rengit di Dewan Kg Bumiputera Dalam malam ini, sempena PRN Johor.

Hadir sama, Ahli Parlimen Sri Gading yang juga Pengerusi Amanah Johor Aminolhuda Hassan dan calon PH DUN Rengit Yazid Abu Bakar.

Serumpun Kasih Sejiwa Harmoni Grand Finale DUN Rengit itu adalah antara tiga program Anwar di Johor malam ini untuk memberikan dukungan buat calon-calon dan jentera Harapan menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Perdana menteri berkata, aspek keperluan asas seperti bekalan air, perumahan, pendidikan dan fasiliti kesihatan merupakan tuntutan paling mustahak yang wajib diberikan keutamaan oleh kerajaan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan pegawai kerajaan dan kepimpinan masyarakat agar memikul amanah dengan penuh integriti serta tidak menyalahgunakan kuasa demi kepentingan peribadi.

Anwar turut menggesa rakyat agar berani melakukan anjakan dengan memilih wakil rakyat yang sehaluan dengan pentadbiran kerajaan persekutuan bagi memastikan segala agenda pembangunan dapat disalurkan secara lebih efisien dan berkesan.

Pada PRN kali ini, PH meletakkan calon di semua 56 kerusi DUN merangkumi 20 calon PKR, Amanah (19) dan DAP (17).

Secara keseluruhan, seramai 172 calon bertanding pada pilihan raya berkenaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.