`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Saturday, August 15, 2026

Ekonomi berkembang rakyat kena rasa nikmatnya, kata Tengku Zafrul

 KDNK suku kedua 2026 berkembang 6% mengatasi ramalan perlu diikuti dengan limpahan dirasai segenap masyarakat.

Bekas menteri Tengku Zafrul Aziz, berkata reformasi mesti diterjemahkan kepada hasil yang dapat dilihat dan dirasai rakyat. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas menteri Tengku Zafrul Aziz berkata perjuangan reformasi mesti diterjemahkan kepada hasil yang dapat dilihat dan dirasai rakyat, sama ada dari sudut perkembangan ekonomi mahupun dasar membaik pulih institusi penting seperti Felda.

Katanya, perkembangan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku kedua 2026, 6%, mengatasi ramalan antara perkara yang perlu rakyat sendiri mendapat nikmatnya.

“Angka yang baik perlu diikuti dengan limpahan yang dirasai segenap rakyat.

“Tetapi, gerak kerja komunikasi kita juga perlu diperhebat agar rakyat tahu tentangnya. Jika rakyat tak tahu, Itu bukan salah rakyat. Itu kelemahan penyampaian kita sendiri,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Katanya, Anwar yang juga presiden PKR sudah menyebut beberapa perkara penting antaranya kepada pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku), selain baik pulih institusi penting rakyat seperti Felda.

“Terang dan jelas bahawa kerja kita jauh lagi daripada selesai. Insya-Allah kita akan dapat memenangi kepercayaan rakyat untuk terus melaksanakan agenda-agenda segar, demi rakyat.”

Awal hari ini, Anwar pada Kongres Nasional PKR di Melaka mengumumkan akan memansuhkan Auku kerana ada perkara belum memuaskan hati mahasiswa selepas beberapa pindaan dilakukan.

Beliau juga memberi isyarat kerajaan akan membongkar isu berkaitan Felda selepas menangani penyelewengan membabitkan Lembaga Tabung Haji (TH).

Katanya, perkara itu turut ditekankan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dalam pertemuan dengannya baru-baru ini, yang mahu siasatan terhadap isu berkaitan institusi milik rakyat tidak terhenti setakat TH. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.