`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Tuesday, September 29, 2026

Mahasiswa perlu cipta nilai, bukan sekadar pengguna teknologi, titah Raja Muda Perlis

 Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah penguasaan teknologi perlu disertai budaya membaca, pemikiran kritis dan nilai kukuh.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Apresiasi dan Kebudayaan Sempena Minggu Suai Kenal Sidang Akademik 2026/2027 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP. (Gambar Istana Arau)
PETALNG JAYA:
Mahasiswa perlu mampu mencipta nilai menerusi ilmu dan inovasi, bukan sekadar menjadi pengguna teknologi, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Baginda bertitah dalam dunia yang terus berubah seiring perkembangan teknologi menuntut generasi muda mampu menyesuaikan diri, berfikir secara kritis dan menghasilkan penyelesaian relevan.

Tuanku Syed Faizuddin menekankan keadaan itu membolehkan mahasiswa mampu mencipta nilai melalui ilmu dan inovasi.

Raja Muda Perlis turut menggesa mahasiswa menggunaan peluang pembelajaran seperti di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang menyediakan ruang untuk menimba ilmu, memperkukuh kemahiran, memperluas pengalaman serta meneroka potensi diri sebagai persediaan menghadapi dunia semakin dinamik.

Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil dan Sharifah Farah Adriana Jamalullail memeriahkan Majlis Apresiasi dan Kebudayaan Sempena Minggu Suai Kenal Sidang Akademik 2026/2027 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP. (Gambar Istana Arau)

“Gunakanlah peluang ini untuk membina ilmu, mengasah kemahiran serta membentuk sahsiah dan jati diri sebagai bekalan untuk melangkah ke peringkat seterusnya,” titah Tuanku Syed Faizuddin Putra.

“Jangan sesekali sia-siakan harapan dan pengorbanan keluarga yang sentiasa mengiringi perjalanan anda,” titahnya

Tuanku Syed Faizuddin yang juga canselor UniMAP bertitah demikian ketika merasmikan Majlis Apresiasi dan Kebudayaan sempena Minggu Suai Kenal Sidang Akademik 2026/2027 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga pro canselor UniMAP serta anakanda baginda Sharifah Farah Adriana Jamalullail.

UniMAP menerima kira-kira 2,798 mahasiswa baharu bagi program sarjana muda untuk Sidang Akademik 2026/2027. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.