`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Friday, October 30, 2026

Menghormati keluarga, negara dan bendera

 Renung-renungkanlah pepatah Melayu agar tidak membakar kelambu sebab seekor nyamuk yang dimarahkan.

tajuddin rasdi

Sebenarnya saya malas nak tulis pasal bendera terbalik lagi sebab dah banyak kali tulis. Tetapi, apabila saya terbaca tentang bendera Malaysia yang ‘sengaja’ diterbalikkan, maka saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara tentang sikap serta pandangan saya tentang Jalur Gemilang kita. Kemudian saya rasa terpanggil juga untuk mengingatkan orang muda kita supaya jangan galak sangat pasal freedom of speech and expression sampai tak kenal saudara, keluarga dan ibu bapa.

Tergempar kita membaca pasal satu kumpulan yang dikatakan orang Malaysia di Australia telah mempamerkan kepada awam bendera Malaysia yang terbalik dan ada kata tercarik-carik. Kumpulan ini dipercayai rakyat Malaysia dari Sabah dan Sarawak yang menggelarkan diri mereka Sabah dan Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Perbuatan ini saya anggap ‘agak berat’ dan perlu suatu komentar terhadapnya dengan cara baik dan beradab daripada bidasan dan cemuhan media sosial yang tidak terkawal.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dari Sabah, Mustapha Sakmud. Beliau memberi teguran dan nasihat yang beradab dan bernas maka saya harap oang di Australia itu dengar baik-baik. Jangan terlajak kata nanti masa depan binasa. Sekarang mungkin gagah di Australia tetapi sepandai tupai melompat silap hari bulan kena balik negara sendiri semula. Siapa tahu nasib kita kecuali tuhan. Jadi, kalau kita dah ada rumah dan keluarga di sesuatu corner of the world, jangan cepat-cepat perlekeh, nanti kita juga yang terpaksa mencarinya di akhir hayat.

Isu bendera yang lalu bagi saya cukup jelas semuanya tidak disengajakan. Dari Editor Sin Chew kepada Kementerian Pendidikan, kesilapan Umno dan PAS Terengganu dan juga ‘Apek Tua’ di Pulau Pinang semuanya not on purpose. Ada yang tersilap dan ada yang cuai terlepas pandang sebab tidak pergi semak kerja suruhan kita sendiri. Saya telah mencadangkan supaya kita semua maaf-maafkan dan let it go tetapi jangan ulang lagi. Walaupun ada juga orang Umno yang suka mendabik dada sebagai paling patriotik mencemuh, menghina dan mengugut pihak yang tersilap pasang bendera, saya selalu menasihatkan individu tersebut supaya bertenang dan jangan cuba cari modal politik seperti ini.

Namun demikian, orang itu mendapat banyak political mileage dengan sandiwaranya. Saya tidak nampak pula beliau bising pasal bendera terbalik yang disengajakan orang Sabah dan Sarawak di Australia. Mungkin sebab Sabah dan Sarawak bakal sebagai king makers dalam PRU16. Kalau Onn Hafiz Ghazi gunakan istilah selective prosecution kini kita lihat ada parti yang buat selective criticism dalam isu bendera terbalik dengan sengaja.

Kembali kita kepada orang Sabah dan Sarawak di Australia ini, bagaimana kita nak nasihatkan mereka selain daripada apa yang dikatakan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu? Biar saya guna analogi keluarga saya sebagai nasihat dan renungan untuk hidup berkeluarga. Sabah, Sarawak dan Semenanjung adalah sebuah keluarga dari aspek politik kenegaraan. Sabah dan Sarawak telah bersama Semenanjung Tanah Melayu selama 63 tahun. Umur saya sekarang 64 tahun. Saya mempunyai seorang isteri, lima orang anak, tiga orang menantu dan empat orang cucu. Ada tiga perkara penting dalam kita hidup berkeluarga.

Pertama, jangan sekali-kali guna perkataan cerai, nyah atau get out of the family. Kalau sebolehnya jangan langsung terkeluar kata-kata itu sehingga kita menghembus nafas terakhir di dunia ini. Walau apa perit sekali pun we do not say those words. Kata pepatah Melayu air yang dicincang tidak akan putus. Wise Malays. Melayu lama memang cerdik, tetapi Melayu baharu nampak terlalu gopoh-gapah. Tuhan telah menyatukan saya dan isteri. Selepas itu tuhan kurniakan kami tiga anak perempuan dan dua anak lelaki. Akhir sekali tuhan kurniakan kami semua empat orang cucu daripada perkahwinan anak-anak perempuan kami. Anak lelaki dua orang masih eligible kalau ada yang nak apply. Memang semua perkahwinan antara dua orang manusia berbeza akan ada isu, krisis dan macam-macam cabaran. Looking back semua cabaran itu 99% adalah dari diri kita sendiri dan bukan pun pasal orang lain buat. Sungguh. Blaming others for out own shortcoming is the easiest thing in the world. Jadi, kena refleksi dalaman dulu sebelum mengata salah orang ini dan orang itu. Apabila saya sakit jantung, sakit darah perut dan melalui severe panic disorder, isteri saya was by my side every time. Ada ketika yang kita tak berduit hingga kena pinjam abang sendiri atau minta anak buat loan. Itu semua lumrah hidup. We need family. Siapa lagi yang nak tolong.

Kedua, saya membina rumah di Kajang sebagai a refuge untuk semua anak saya. Saya dah siapkan konsep lima ‘studio apartmen’ yang lengkap dengan tandas, dapur, living room dan tempat tidur selesa serta aircond setiap bilik. Saya kata kalau kamu bergaduh dengan suami atau isteri you can come back and cool off di Kajang. Saya tahu berdasarkan pengalaman saya dan isteri, you cannot avoid conflicts jadi kita kena manage ia dengan menyediakan alternative refuge dan juga tempat untuk mereka mengadu. Saya dan isteri selalu mendengar keluhan anak-anak perempuan tentang suami mereka dan selalu kami mengajukan kesabaran dan pengalaman kami sendiri. Jangan cepat kita bercerai-berai atau mengadu domba sama ada dalam keluarga manusia atau keluarga negara. We can always manage whatever conflict kalau kita tidak burn the bridge dengan sesiapa.

Ketiga adalah tempat kami sediakan untuk cucu. Cucu adalah kurniaan tuhan yang amat penting bagi kehidupan kami semua. Saya sebagai ‘atuk’ dan isteri sebagai ‘nenek’ menjadikan rumah di Kajang sebagai resort bila hujung minggu dan di hari-hari cuti sekolah panjang di mana papa dan mama dua-dua bekerja di pejabat masing-masing. Saya tidak suka cucu saya ditinggalkan bertiga tanpa penyeliaan orang dewasa. Ada juga keadaan di mana bila krisis keluarga berlaku, mereka boleh menetap secara indefinitely di Kajang sehingga krisis berlalu. Seperti juga sesebuah negara, kalau kita mempunyai krisis di tempat tinggal di luar negara maka ke Malaysia jugalah kita pulang. Maka itu jangan senang-senang menolak negara atau menyisihkannya hanya kerana satu dua isu yang boleh diselesaikan dengan masa dan hikmah.

Sebagai mesej politik, kita semua ada negara dan ada keluarga dalam negara itu. Kita semua rakyat Malaysia di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ia suatu gagasan penting bagi kita semua. Memang akan sentiasa ada konflik atau isu kaum, agama, politik dan sebeban lagi tetapi jika kita teguh dalam satu famili dan ada tempat untuk berlabuh maka kedua-duanya adalah important asset bagi kita. Menterbalikkan dan mencarik bendera negara dengan sengaja adalah suatu perkara yang cukup berat bagi saya. Ia sama dengan beberapa mahasiswa yang bakar gambar perdana menteri yang saban hari bekerja kuat. Itu mungkin budaya Barat atau Australia. Mungkin kumpulan tersebut hendak bakar, carik atau menterbalikkan bendera Australia pula di bawah freedom of expression di lain hari pula? Apa makna loyalty to family dan nation kalau begitu. Apa makna perbincangan dan bertolak ansur dalam hubungan antara manusia kalau jambatan dibakar terlebih dulu? Jambatan yang runtuh tidak boleh memanfaatkan sesiapa yang mungkin ada solusi baharu di masa hadapan.

Renung-renungkanlah pepatah Melayu agar tidak membakar kelambu sebab seekor nyamuk yang dimarahkan. - FMT

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.