`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 29, 2017

Benarkah PAS terlibat dalam skim 'SEMUA TERIMA WANG DARI BN, ITULAH POLITIK’


 Datuk Husam Musa sendiri telah mencabar Pas supaya menyamannya berkaitan tuduhannya bahawa Pas terima RM90 juta dari Najib.

 “Saya mempertahankan apa yang saya ucapkan pada ceramah di Pasir Puteh, Kelantan pada 6 Februari lalu,” kata Husam.

 Husam mendakwa parti lamanya itu menerima wang RM90 juta daripada Umno. Beliau juga mendakwa wang itu disalurkan melalui Affin Bank.

 Tindakan mahkamah mungkin satu cara untuk membuktikan kebenaran dakwaan tersebut kata bekas naib presiden PAS itu. ~ Baca di sini

  Cabaran Husam tersebut adalah reaksi beliau apabila Tuan Ibrahim Tuan Man mengancam mahu mengheret Husam ke mahkamah atas dakwaannya itu.


 Tapi ternyata Pas tidak berani mengheret Husam ke mahkamah apabila Husam memberi amaran bahawa kebenaran dakwaannya itu akan terbukti benar jika tindakan mahkamah diambil keatasnya.

  Tersentak dengan ugutan Husam tersebut dan khuatir hal kelaku lebai-lebai Pas makan dedak akan terburai di Mahkamah, Pas tidak jadi meneruskan ancamannya untuk saman Husam.

 Dengan tidak meneruskan ancamannya untuk mengheret Husam ke mahkamah, Pas dilihat seolah-olah telah membenarkan dakwaan Husam bahawa Pas telah menerima wang RM90 juta daripada Umno.

 Adalah amat jijik dan memalukan bahawa sebuah organisasi parti politik seperti Pas yang kononnya memperjuangkan Islam tapi terlibat sama dengan pengagihan wang dari Umno sebagaimana rakan-rakan parti dalam Barisan Nasional.
 Bendahari MIC, Vell Paari  tanpa segan silu telah mengaku menerima dedak dari Najib.

 Beliau dengan bangganya berkata tidak salah MIC menerima wang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga pengerusi BN.

“Semua parti komponen menerima wang daripada BN, itulah politik,” katanya ketika mengulas dakwaan Sarawak Report bahawa MIC menerima kira-kira RM19 juta antara 2012 dan 2014.

 Ternyata Najib menggunakan 'Cash is King' untuk meluaskan pengaruh dan kedudukannya dalam politik.
Adalah amat malang sekali jika politik matang sejahtera pas juga terlibat dalam skim 'SEMUA TERIMA WANG DARI BN, ITULAH POLITIK’

 Dimanakah maruah lebai-lebai Pas yang hanya mampu menafikan dakwaan Husam itu hanya dengan kata-kata saja?


 Tidakkah para walaun merasa sangsi atau terdetik sekelumit kecurigaan terhadap sikap pemimpin-pemimpin mereka yang semakin mesra Umno?

 Tidak terfikirkah para walaun kenapa pemimpin mereka hanya mampu mengecam dan menuduh Husam memfitnah Pas tetapi tidak berani membawanya ke mahkamah untuk membersihkan imej dan maruah Pas dari tuduhan makan dedak dari Umno?

  Sebaliknya, Pas beriya benar mahu menyaman SR walaupun kos guamannya yang begitu tinggi hingga Pas terkial-kial mengutip dana dari kalangan ahli-ahli nya yang memang kurang berkemampuan berbanding pemimpin-pemimpin Pas yang hidup  serba mewah.Tunggu dan lihat apa yang akan berlaku seterusnya nanti.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.