`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Thursday, June 29, 2017

Tarif elektrik berdepan kenaikan?

Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Abdul Razak Abdul Majid berkata, kerajaan dijangka membuat pengumuman dalam beberapa hari lagi selepas pihaknya memaklumkan masalah dihadapi TNB kepada kerajaan.
Abdul-Razak-Abdul-Majid-tnbPETALING JAYA: Suruhanjaya Tenaga sudah mencadangkan sistem surcaj untuk menggantikan struktur rebat sedia ada dan jika diluluskan, ia akan menjejaskan pengiraan tarif elektrik.
Bagaimanapun, Sin Chew Daily melaporkan kerajaan mungkin mengekalkan struktur rebat sedia ada bagi mengelakkan rakyat terbeban menjelang pilihan raya umum akan datang.
Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia ditetapkan menerusi sistem kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang merangkumi mekanisme Pelepasan Kos Ketidakseimbangan (ICPT) dilaksanakan pada Januari 2014.
ICPT membolehkan kerajaan menyemak semula kadar tarif setiap 6 bulan berdasarkan perubahan harga bahan api dan penjanaan. Tempoh masa untuk pelarasan itu tamat 30 Jun ini.
Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Datuk Abdul Razak Abdul Majid memberitahu akhbar itu, kerajaan dijangka membuat pengumuman dalam beberapa hari lagi selepas pihaknya memaklumkan masalah dihadapi TNB kepada kerajaan.
Katanya, Suruhanjaya Tenaga mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk diputuskan selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk arang batu, gas asli, kadar tukaran mata wang dan inflasi.
“Saya tidak boleh mendedahkan sama ada rebat akan dikurangkan, dinaikkan atau dikekalkan subsudi, itu keputusan kerajaan.”
Kos gas berpaip ditetapkan pada harga RM15.20 setiap MMBtu bagi tempoh penetapan tarif elektrik daripada 1 Januari 2014 hingga 31 Disember 2017. Tetapi difahamkan, kerajaan sudah membenarkan Petronas menaikkan harga gas asli berpaip kepada RM22.70/MMBtu. Ini akan menyaksikan kos tambahan sebanyak RM200 juta untuk separuh ke-2 tahun ini.
Jumlah penjimatan daripada harga rendah gas asli cecair (LNG) dan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) akan diseimbangkan dengan kenaikan gas berpaip, ini mungkin menjadi salah satu faktor untuk kerajaan mengurangkan rebat tarif elektrik.
Berdasarkan analisis, kerajaan bercadang melaksanakan pemasangan meter dan kabel pintar, kabel voltan tinggi dan berkuasa tinggi serta pembinaan stesen janakuasa baru dalam tempoh 3 tahun akan datang, selain kos penghantaran serta pengagihan bekalan elektrik yang mungkin menyebabkan kenaikan kos operasi TNB dan seterusnya mengurangkan rebat tarif elektrik diberikan kepada rakyat.
ICPT yang diselaras setiap 6 bulan akan tamat 30 Jun ini dan TNB menerusi laporan Sin Chew Daily pada Selasa lalu memaklumkan pengguna untuk memberi perhatian terhadap pelarasan ICPT setiap 6 bulan.
TNB berkata, sistem surcaj mungkin menggantikan struktur rebat ekoran penyusutan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat serta kenaikan harga arang batu.
TNB berpendapat, pelarasan itu sejajar rasionalisasi harga gas asli di seluruh negara oleh Suruhanjaya Tenaga serta mekanisme kos gas untuk dilepaskan (GCPT) terhadap strategi kenaikan gas berpaip setiap 6 bulan.
Rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ yang dinikmati pengguna di Semenanjung dilaksanakan sejak 1 Januari 2016.
Pada 2015, rebat tarif elektrik ialah 2.25 sen/kWJ. Tarif elektrik lebih rendah jika kadar rebat lebih tinggi diberikan kerajaan.
Pada 14 Disember 2016, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju mengekalkan rebat tarif elektrik sebanyak 1.52 sen/kWJ di Semenanjung dan 1.20 sen/kWJ di Sabah serta Wilayah Persekutuan Labuan bagi tempoh 1 Januari hingga 30 Jun 2017. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.