`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, October 10, 2017

Bekalan ubat habis, pesakit miskin diarah beli ubat di klinik swasta

MENANTI nombor giliran bagi mengambil ubat di kaunter farmasi, kemudian dimaklumkan bekalan ubat habis dan diarahkan membeli sendiri ubat berkenaan di klinik swasta itu laporan Utusan Borneo bertarikh 4 Oktober 2017.

Penduduk kampung dilaporkan terpaksa berulang-alik dari kampung ke pekan hanya untuk mendapatkan bekalan ubat. Namun apabila tiba di hospital, mereka diminta ke klinik swasta untuk membeli ubat yang diperlukan.

Jaimin, 69 salah seorang penduduk yang menjadi mangsa mendakwa pesakit terpaksa berulang-alik ke hospital pada setiap dua minggu untuk mendapatkan ubat. Jika dulu hospital membekalkan ubat untuk satu bulan.



"Ia memang tidak munasabah kerana bagaimana hospital besar boleh mengalami kehabisan bekalan ubat. Jika dahulu, pesakit dibekalkan ubat untuk sebulan tetapi kini, kami diminta untuk datang pada setiap dua minggu."

"Jika pesakit tidak berpendapatan tetap bagaimana kami mahu berulang-alik setiap dua minggu dan kemudian perlu mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membeli ubat di farmasi.

Jaimin berkata, beliau berdepan dengan situasi ketiadaan bekalan ubat untuk pesakit darah tinggi di Hospital Kota Belud pada minggu lalu.

Malah itu bukan kali pertama pesakit diarahkan membeli sendiri ubat di klinik swasta.

Jika pesakit mempunyai wang sudah pasti mereka akan beralih kepada khidmat perubatan swasta namun, situasi sekarang, kebanyakan pesakit tidak berkemampun sebab itulah mereka mendapatkan khidmat di hospital kerajaan, katanya.


*** Dulu rakyat tak perlu bayar cukai GST ubat tak pernah kurang, sejak kena bayar cukai GST kerajaan bukan semakin banyak duit, tapi semakin tak cukup duit ***

-milosuam

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.