`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, October 10, 2017

NEGARA INI BUKAN UMNO YANG PUNYA



Satu keburukan paling nyata kepada rakyat jelata yang disebabkan UMNO tidak pernah kalah sejak pilihanraya pertama pada 1955 ialah parti itu dan pemimpinnya merasakan negara ini adalah kepunyaan mereka. 

Ketika sedang memegang kuasa, tidak saja segala-galanya seperti masjid, sekolah, harta kerajaan, wang rakyat dan sebagainya umpama hak mereka, semasa pilihanraya pula akan selalu terdengar gambaran seolah-olah mengalahkan UMNO adalah sama dengan menumbangkan kerajaan.

Keadaan itu sebenarnya tidak baik kepada rakyat. UMNO hanyalah parti yang diberi kuasa mentadbir kerajaan secara sementara, tetapi yang berkuasa selama-lamanya adalah rakyat dan pengundi. 

Setiap lima tahun apabila pilihanraya diadakan,  rakyat mesti memilih semula kerajaan baru untuk lima tahun berikutnya dan begitulah seterusnya. Ini bermakna tuan sebenar adalah rakyat dan parti-parti yang bertanding, termasuk UMNO, perlu mendapat mandat baru dalam pilihanraya yang diadakan itu. 

Jika parti yang menguasai kerajaan itu memuaskan hati dan menjaga kebajikan rakyat, kemungkinan ia dipilih semula adalah tinggi. Sebaliknya, kalau khianat dan tidak amanah kepada kuasa yang dipegang itu, rakyat biasanya akan memilih parti lain sebagai pengganti. 

Tidak dinafikan UMNO ketika dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn atau Tun Mahathir, ada jasa-jasa tertentu yang mereka lakukan yang menyebabkan mereka sentiasa dikenang, selain keutamaannya ialah menjaga kepentingan rakyat. Hak rakyat sentiasa dipelihara sambil negara dibangunkan berdasarkan era serta kemampuan masing-masing. 

Itulah antara sebab dan penyumbang kekalnya UMNO tanpa henti-henti berkuasa sejak sebelum merdeka lagi. 

Tetapi, UMNO ketika era Najib Razak ini sudah terlalu jauh berbeza. Selain hak rakyat tidak dijaga, berlakunya begitu banyak skandal sehingga menjadi sebutan dan siasatan di pelbagai negara telah menjadikan UMNO tidak layak lagi untuk terus diberikan kuasa dalam negara ini. Negara yang dulu harum sudah jadi busuk disebabkan oleh Najib. 

Di pelbagai negara lain, pemimpin seperti Najib ini sudah lama "ditendang"  daripada puncak kuasa. Beberapa negara jiran kita dan negara-negara Arab misalnya, mereka lebih dulu tidak rela mempunyai pemimpin yang penuh skandal, banyak membazir dan ghairah kepada kemewahan atas nama kuasa yang rakyat berikan. 

Tetapi, oleh kerana UMNO mempunyai sejarah kuasa yang agak panjang dan dengannya merasakan negara ini mereka yang punya, bukan saja pemimpin yang penuh skandal itu tidak sedar diri, para penyokong dan pengikutnya juga sama begitu.  

Mereka kini mempertahankan UMNO untuk terus berkuasa bukan lagi untuk menjaga kebajikan atau kepentingan rakyat, sebaliknya lebih untuk mengelakkan pemimpinnya daripada diadili dan didakwa atas kecurangan besar yang dilakukannya itu. 

Selepas kekal berkuasa, tidak mustahil kecurangan yang lebih besar akan terus berlaku dan berlaku lagi tanpa titik noktahnya. 

Setelah beberapa kali pilihanraya umum diadakan, PRU 14 akan datang adalah satu-satunya peluang terbaik untuk rakyat menukar kerajaan dan seterusnya menyedarkan UMNO bahawa negara ini bukan mereka yang punya.  

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.