`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 18, 2017

Hina Keturunan Bugis, Mahathir Mesti Minta Maaf

DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, berketurunan Bugis

(Suara TV) – Perbuatan biadab Pengerusi PPBM, Mahathir menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berketurunan Bugis adalah biadap dan keterlaluan.
Mahathir berkata “Mungkin kerana dia (Najib Razak) berasal dari lanun Bugis. Entah macam mana dia sesat sampai ke Malaysia. Pergi baliklah ke Bugis.”
Mahathir mengeluarkan kenyataan itu, ketika berucap dalam perhimpunan Sayangi Malaysia, Hapus Kleptokrasi anjuran pembangkang di Padang Timur MBPJ, pada hari Sabtu lepas.
Mahathir sudah melakukan perbuatan paling teruk dalam sejarah politik beliau apabila kini sudah mengutuk dan mengejek keturunan seseorang apatah lagi keturunan seorang Perdana Menteri dan Raja Raja Melayu. Tindakan Mahathir ini dilihat cukup rasis sekali.
Mahathir yang selalu mudah lupa kena tahu bahawa keturunan Bugis merupakan golongan terawal yang berada di Tanah Melayu dalam sejarahnya. Bekas Presiden Persatuan Komuniti Bugis Sabah, Datuk Osman Jamal berkata kenyataan yang dibuat oleh Mahathir amat mengecewakan dan menyinggung ramai pihak.
Datuk Osman Jamal yang sudah 31 tahun menerajui persatuan itu berkata, jika tiada permohonan maaf terbuka dibuat oleh Mahathir, maka pihaknya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.
“Saya sudah melihat video ucapan itu. Sebagai seorang Melayu keturunan Bugis, kenyataan itu sangat mengecewakan. Beliau sendiri selalu mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa hormat menghormati antara satu bangsa dengan yang lain”.
“Malah, tindakan menghina bangsa seorang pemimpin tidak harus dilakukan demi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia. Jika beliau enggan memohon maaf, maka segala rasa hormat kami kepada beliau sudah tiada,” katanya dalam laporan Berita Harian.
Dalam sejarah awal Tanah Melayu, Bugis memainkan peranan penting kerana terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik. Raja Ali, anak Daeng Chelak Raja Lumu telah dinobatkan sebagai Sultan Selangor yang pertama.

Mahathir berpesta hentam Bugis

Perhimpunan pada hari Sabtu diadakan untuk kononnya untuk menentang kleptokrasi akhirnya menjadi medan caci hamun dan menghina pemimpin. Di padang itu juga, bendera Malaysia dipelekehkan oleh peserta demo. Selain itu, ada seorang peserta demo yang meletakkan gambar karikatur Datuk Seri Najib di bola dan menyepaknya.
Di pentas ceramah pula, Mahathir mempersendakan orang Bugis dengan gelaran yang tidak sepatutnya. Mahathir bukan sahaja hina Najib tetapi juga keturunan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abduk Razak Hussein.
Penghinaan Mahathir diikuti sama oleh pemimpin lain dalam Pakatan Harapan (PH) menunjukkan mereka juga menyokong perbuatan tidak keji oleh Mahathir itu. Terutamanya pemimpin DAP yang memang sudah diketahui memang kurang ajar dan biadap.
Di pentas yang sama juga, Guan Eng dalam ceramahnya menghina Najib sebagai sudah gila. Yang sebenarnya gila adalah Guan Eng. Hanya orang gila yang meroyan dan tidak boleh menjawab dengan baik soalan soalan yang mudah mengenai isu banjir, isu kilang haram, isu kos terowong dan lain lain lagi isu di Pulau Pinang.
Mahathir  mesti memohon maaf segera atas kenyataannya yang  menghina keturunan Bugis. Penghinaan terhadap Bugis itu telah mengguris hati rakyat Malaysia yang berasal dari Bugis. Raja-Raja Melayu juga ada yang berketurunan Bugis. Secara tidak langsung, Mahathir juga menghina keturunan Raja Raja Melayu.
Persatuan Bugis Johor pula sudah membuat laporan polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan ke atas ucapan Mahathir yang disifatkan menghina dan rasis.
Yang Dipertuanya, Datuk Awang Mohamad berkata, kenyataan Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun, mengguris hati seluruh masyarakat Bugis di Malaysia dan Nusantara yang jumlahnya kira-kira 6 juta orang.
“Kita mengutuk kenyataan biadap Tun Dr Mahathir yang menyebut Bugis itu lanun. Kita sudah membuat dua laporan polis dan akan diikuti beberapa laporan lagi supaya Tun Dr Mahathir memohon maaf secara terbuka,” katanya.
Mahukah Mahathir minta maaf secara terbuka dan tarik balik kenyataanya itu? Rakyat jangan beri peluang lagi kepada Kerala ini dalam pilihan raya akan datang. Satu undi wajib diberi pada Barisan Nasional sebagai balasan geng Kerala dan Fujian yang suka menghina orang ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.