`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 3, 2017

JIKA SYED SADDIQ DITAWAR RM5 JUTA, BOLEHKAH DIPERCAYAI YANG LAIN-LAIN HANYA PERCUMA?

Apabila Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ketua Armada Bersatu mendedahkan beliau cuba disogok sebanyak RM5 juta untuk meninggalkan perjuangan parti itu, sekurang-kurangnya dua persoalan segera melintas di fikiran kebanyakan daripada kita.
Pertama, bagaimana dengan pemimpin-pemimpin lain yang keluar Bersatu sebelum ini seperti Kamarulazman Habibur Rahman, Anina Saadudin dan Hamidah Osman?
Adakah mereka turut mendapat apa-apa, diberi dengan angka yang sama RM5 juta, lebih tinggi  lagi jumlahnya atau lebih rendah daripada yang ditawarkan kepada Syed Saddiq?
Sehingga ini bekas Naib Presiden Bersatu, Hamidah Osman dan salah seorang pengasas Bersatu, Kamarulazman telah pun tampil menafikan mereka dibayar, cuma Anina belum lagi muncul memberikan reaksinya.
Tetapi, berapa ramaikah yang percaya mereka tidak ditawarkan apa-apa kerana jika Syed Saddiq yang berusia 25 tahun dan berjawatan Ketua Armada pun dijanjikan RM5 juta, adakah yang berjawatan Naib Presiden, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan bertaraf pengasas parti hanya percuma saja?
Tambahan lagi zaman ini adalah zaman GST dan semua barang sudah naik harga, maka hukum akalnya tentu saja tiada yang percuma.
Kata mereka yang arif pula, beralih restoran pun kena order makanan lain, inikan pula beralih kiblat politik.
Jika jumlah yang mereka terima adalah sama atau lebih tinggi berbanding tawaran yang diterima Syed Saddiq, itu memang tidak menghairankan kerana pihak yang menawarkan itu memilikinya segala-galanya – kuasa, wang, projek kerajaan dan sebagainya.
Demi mempertahankan kuasa dan bakal kehilangan segala-galanya, tentulah tidak mustahil mereka sanggup berbuat apa saja.
Tetapi, bagaimana jika jumlah yang mereka terima adalah lebih kecil atau tidak sampai RM5 juta?
Tidakkah mereka terasa seperti dihina, sedangkan Syed Saddiq yang baru berusia 25 tahun pun sudah bernilai RM5 juta, kenapa harga mereka lebih rendah daripada itu?
Apa pun, kiranya benar ketiga-tiga bekas pemimpin Bersatu itu tidak mendapat apa-apa dan keputusan mereka meninggalkan Bersatu bermakna mereka sedia menerima kembali kepimpinan Najib yang tidak berubah itu dengan seikhlasnya, barangkali merekalah antara “keramat hidup” yang masih tinggal di bumi Malaysia ini.
Mudah-mudahan begitulah…
Begitu juga dengan Mat Taib yang kemasukan semulanya ke dalam UMNO  disambut dengan meriah bak seorang perwira, bolehkah dipercayai ia semata-mata percuma dan demi perjuangan Melayu?
Jika ada tanda harga, berapakah nilainya? Adakah RM5 juta juga?
Persoalan kedua, apa perasaan mereka yang sedia ada dalam UMNO, baik pemimpin atau sesiapa saja yang berjuang bermati-matian dan gigih mempertahankan Najib, tetapi nilai mereka terbukti jauh lebih rendah berbanding Syed Saddiq?
Ahmad Maslan dan Shahrir Samad misalnya, kedua-duanya tidak sesekali menafikan pernah menerima wang RM2 juta dan RM1 juta daripada Najib.
Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin lain, mereka dikatakan turut menerima wang daripada Najib dalam lingkungan jumlah yang sama seperti diterima Ahmad Maslan atau Shahrir itu.
Selain mungkin tidak ada yang menerima dengan jumlah melebihi RM5 juta, yang lebih menyedihkan ialah terbukti juga maruah dan harga diri mereka lebih murah berbanding Syed Saddiq.
Syed Saddiq sanggup menolak RM5 juta demi maruah dan harga dirinya, tetapi mereka yang dapat lebih kecil daripada itu, kadang-kadang ada yang hanya diberikan telefon bimbit dan upah sekupang dua, namun sudah bangga menyembunyikan kebenaran di balik pintu.
Tidakkah mereka sepatutnya berasa malu kepada Syed Saddiq sedangkan fakta berkaitan Najib dan skandal yang mengaitkan dirinya bukanlah susah sangat untuk difahami serta dibezakan hitam atau putihnya?
– http://shahbudindotcom.blogspot.my

1 comment:

  1. "Ini perkara banyak memalukan saya...sebenarnya,..kemaluan
    saya sangat-sangat besar.."..
    Ungapan dari seorang OTAI politic..satu ketika dulu...
    Memang benar..otai-otai politic sekarang tanpa segan silu ambil
    rasuah..tak kira ..yang lebai ke..yang sembahayang tak tingal ke...yang duduk singgahsana ke..dan yang pelik ..yang menguruskan hal-hal agama..semua ambil rasuah.......kerana nak terus hidup.....nak mengecapi arus kemodenan
    nak merasa kemewahan..dan ada yang nak simpan hari tuanya..
    Mereka-mereka ini lah yang melalak...tentang agama/akidah/syariah..dll...
    Tak ke dia orang rasa malu kat ..seorang pemuda yang berusia 25 tahun..bersama "syed saddiq"...yang menolak kemewahan..kerana
    dia tahu apa erti "maruah/dignity/halal/haram/salah/betul"...
    Mungkin kamu rasa dia BODOH...tapi fikir dulu wahai otai-otai..
    usia dah lanjut..senja dan tiba...jawab lahh kamu..apabila..
    "MUNGKAR & NANGKIR"..datang bertanya khabar..

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.