`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, October 10, 2017

Lagi polis Johor dipindahkan, kali ini kerana gadis seksi

polis© Provided by MToday News Sdn Bhd polis
PETALING JAYA: Seorang anggota polis dari Segamat, Johor dipindahkan serta merta selepas gambarnya berpegangan tangan dengan seorang gadis dipercayai pelacur dimuat naik di media sosial, lapor Utusan Malaysia.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dipetik berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan selepas gambar itu tular di media sosial.
Gambar tersebut menunjukkan seorang gadis berpakaian seksi berbual sambil berpegangan dengan seorang anggota polis yang duduk di bahagian pemandu sebuah kereta peronda polis.
Polis Johor baru-baru ini berdepan beberapa tuduhan disiplin, selepas kelakuan mereka dirakam dan dimuat naik di media sosial.
Ahad lalu, 7 anggota polis dari Unit D7 Ibu Pejabat Polis Muar dipindahkan selepas klip video menunjukkan mereka sedang berhibur di sebuah kelab malam.
Ia berlaku di sebalik dakwaan ada polis yang bersekongkol dengan tauke pusat judi haram di negeri itu.
Dua minggu lalu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa mempunyai bukti seorang pegawai tinggi polis di Johor membantu tauke judi.
“Kita yakin, tak perlu tipu dan rakyat sendiri tahu banyak pusat perjudian di Malaysia ‘dipayung’ oleh polis. Dan polis makan ‘pau’,” kata jurucakap PPIM, Abdul Halim Ikhsan, dalam program PPIM dirakamkan pada 23 September lalu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.