`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 18, 2017

POPULARITI PEMIMPIN UMNO DI KALANGAN ORANG CINA TAK PENTING

Tahap populariti pemimpin Umno di kalangan masyarakat Cina tidak penting kerana parti itu memang tidak akan diterima dalam pilihan raya akan datang, kata seorang penganalisis.
Menurut Pengarah Institut Asia Tasmania, James Chin, tidak kira betapa pun popularnya pemimpin Umno majoriti pengundi Cina tetap enggan menerima mereka kerata parti terbabit mewakili perkauman dan pengislaman.
“Orang Cina mahu menyingkirkan Umno dan BN.
“Mereka menganggap Umno sebagai punca dasar-dasar anti-Cina dan Islamisasi,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.
Chin diminta mengulas keputusan kali selidik akhbar harian berbahasa Cina, Oriental Daily, yang diterbitkan semalam.
Menurut akhbar itu majoriti daripada 14,602 responden memilih jawaban “tiada satu pun di atas” apabila ditanya mana satu pemimpin Umno yang patut memimpin Malaysia.
Daripada empat calon yang dicadangkan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein memperoleh undi tertinggi diikuti Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dan Datuk Seri Najib Razak.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berada di kedudukan terbawah.
Kaji selidik itu juga menunjukkan kebanyakan responden rela merosakkan undi masing-masing berbanding memilih antara Umno atau PAS.
Majoriti responden juga menyatakan tadbir urus yang baik menjadi pertimbangan terpenting apabila mereka mengundi, dan berharap kerajaan baru dapat ditubuhkan selepas pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Di kalangan pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN), 38.98 peratus responden berpendapat Datuk Seri Anwar Ibrahim patut memimpin negara ini.
Hanya bayangan sentimen
Kata Chin dapatan kaji selidik itu tidak mengejutkan dan menunjukkan sentimen pengundi Cina masih sama seperti PRU ke-12 (pada 2008) dan PRU ke-13 (2013).
Bagaimanapun Chin berpendapat Oriental Daily mengemukakan “soalan yang salah” apabila bertanya responden apa yang mereka mahukan pada masa depan ketika keputusan pilihan raya akhirnya ditentukan oleh pengundi Melayu.
“Kerusi bukan Melayu hanya berjumlah kira-kira 20 peratus daripada keseluruhan kerusi Dewan Rakyat. Kerusi pengundi Melayu mutlak pula kira-kira 60 peratus
“Justeru dengan bertanya tentang masa depan kepada masyarakat Cina adalah tidak relevan kerana jika 100 peratus daripada mereka mengundi HARAPAN pun, ia masih tidak cukup untuk membentuk kerajaan.
“Soalan yang sepatutnya ditanya ialah siapakah di kalangan pemimpin Melayu yang boleh menerima bahawa orang Cina adalah rakyat Malaysia kerana ramai yang menganggap mereka warga kelas kedua.
“Jadi sekali lagi, tidak mengejutkan apabila Anwar berada di tempat teratas.
“Sejak dekad lalu hanya Anwar dan anak perempuannya yang memberi kenyataan yang membuat orang Cina tidak berasa seperti rakyat kelas kedua,” katanya.
Sementara itu pensyarah Universiti John Cabot Prof Bridget Welsh berkata kaji selidik itu menunjukkan Najib dan skandal kerajaannya kini menjadi beban kepada BN hingga membolehkan Hishammuddin serta Khairy menjadi pilihan lebih ramai responden.
Katanya Najib menggunakan dua isu untuk memenangi mereka iaitu menonjolkan dirinya sebagai juara dan oleh kerana itu pengundi perlu bersama dengan kumpulan yang menang, serta perlu menguruskan ekonomi dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan masyarakat Cina.
“Dia adalah liabiliti atas usahanya dan pemimpin lain Umno iaitu Hishammudin dan Khairy – seperti ditunjukkan kaji selidik itu – boleh menjadi lebih efektif.
“Lebih daripada itu BN sedang dibebani oleh hubungan mereka dengan pemimpin yang tidak popular,” katanya.
Namun di sebalik itu semua Bridget mengingatkan, kaji selidik berkenaan hanya membayangkan sentimen responden dan tidak semestinya diterjemah dalam bentuk undi.
– M’kini

1 comment:

  1. TERIMA KASIH MBAH BUDI HARTONO DULUNYA KAMI SANGAT MENDERITA 2 TAHUN YANG LALU KERJANYA HANYA CUMA TUKAN BECAK PENDAPATAN CUMA 35 RIBU PERHARI SEDANKAN SEWAH KONTRAKAN RUMAH 450 RIBU PERBULAN TAPI SETELAH KAMI DAPAT NOMOR MBAH DI INTERNET LEWAT MEMBER YANG SUDAH BERHASIL KAMI COBA2 HUBUNGI LALU MINTA BANTUAN ANGKA JITU DAN ALHAMDULILLAH ANGKA YANG DIBERIKAN MBAH BUDI HARTONO 4D PUTARAN SGP BENAR2 TERBUKTI TEMBUS SEKALI LAGI TERMA KASIH MBAH BUDI HARTONO SEKARANG KAMI SUDAH BUKA USAHA KECIL2LAN ITU SEMUA BERKAT BANTUAN ANGKA JITU MBAH BUDI HARTONO BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI KAMI LANSUNG HUBUNGI MBAH BUDI HARTONO DI NOMOR [~085~256~077~899~] TERIMA KASIH INI KISAH NYATA DARI SAYA TAMPA REKAYASA SUPAYA LEBIH DI MENGERTI SILAHKAN BUKA SITUS MBAH

    KLIK DISINI RAMALAN DUKUN TOGEL GAIB

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.