KUALA LUMPUR, 28 Okt — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghargai usaha dua pemuda yang bertindak pantas mengatasi masalah banjir kilat yang mengakibatkan kesesakan trafik di Jalan Genting Klang, di sini, kelmarin.
Dua pemuda terbabit membuka penutup lubang saliran longkang, sekaligus membolehkan air yang bertakung akibat hujan lebat surut dengan cepat.
“Kita perlu menjadi warga prihatin seperti dua hero kita. Terima kasih buat mereka berdua,” catat Dr Wan Azizah dalam responsnya kepada laporan berita di Twitter.
It takes a little common sense to save the world.
Hujan lebat, banjir teruk kat jalan Genting Kelang, banyak kereta sangkut, so my boys turun and tengok apa boleh buat.
Banjir no moreee! So proud of you guys! Please share & leave a kind message for our unsung heroes
24.3K people are talking about this
Tular di media sosial semalam seorang pengguna Twitter @datininaz memuat naik foto kesesakan jalan raya akibat banjir selepas hujan lebat, malah keretanya turut mengalami kerosakan .
"Kalau korang macam terfikir apa yang diorang buat nak selesaikan banjir, ini yang mereka buat.
"Mereka buka lebih lapan penutup lubang sepanjang jalan yang banjir. Tak fikir dah kotor ke jijik," catat inaz.
Katanya pemuda terbabit kemudian menutup semula lubang saliran itu selepas air surut.
Hantarannya kini diulang siar 24,000 kali dan mendapat lebih 19,000 tanda "suka."
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.