`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 15, 2022

Berang asap masakan masuk bilik, abang tumbuk adik hingga patah gigi

 

Polis berkata, suspek berusia 31 tahun direman empat hari mulai hari ini.

PETALING JAYA: Seorang lelaki menumbuk adik perempuannya hingga patah gigi hanya kerana berang dengan asap masakan masuk ke biliknya.

Menurut laporan Harian Metro, kejadian kira-kira 11 malam Khamis itu berlaku ketika mangsa berusia 24 tahun sedang memasak di dapur bersebelahan bilik tidur abangnya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Mohd Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 31 tahun itu marah kerana bau dan wap masakan masuk ke biliknya.

“Suspek keluar dari bilik dan menunjukkan protes dengan cara menutup pintu secara kuat sambil memaki hamun adik perempuannya.

“Suspek kemudiannya bertindak menarik rambut, menumbuk dan menampar bahagian muka mangsa sehingga cedera serta patah gigi,” katanya.

Zaid berkata, mangsa yang cedera kemudiannya mendapatkan rawatan di hospital sebelum membuat laporan polis.

Bertindak atas laporan itu, katanya, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menahan suspek di rumah mereka pada 1.30 pagi tadi.

Beliau berkata, suspek direman empat hari sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan parah.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi pegawai penyiasat, K Suresh di talian 017-4333795 bagi membantu siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.