`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 29, 2022

PKR berdepan saingan sengit di 3 kerusi N Sembilan

 

Aminuddin Harun akan bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson, menggantikan penyandang yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun mengakui beliau dan dua calon baharu dipilih bertanding di tiga kerusi Parlimen negeri ini berdepan tugas getir pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Aminuddin yang juga menteri besar Negeri Sembilan diumumkan sebagai calon PKR bagi kerusi Parlimen Port Dickson, menggantikan penyandang yang juga Presiden PKR, Anwar Ibrahim, manakala setiausaha akhbarnya, Nor Azman Mohamad bertanding di Kuala Pilah.

Bekas presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Jufitri Joha akan bertanding di Rembau, berkemungkinan berdepan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan di kerusi Parlimen itu yang disandang Menteri Kesihatan sementara, Khairy Jamaluddin.

Bagaimanapun, Aminuddin tetap yakin barisan baharu calon PKR pada PRU15 mempunyai kekuatan tersendiri bagi memenangi kerusi yang ditandingi.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Memang getir, kita tahu dalam suasana politik hari ini…saya percaya kita masih ada peluang di tiga kawasan itu,” katanya kepada Bernama selepas melawat Karnival Kerjaya “Moh Chagi Kojo” di Nilai.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri itu berkata, gabungan berkenaan mampu mempertahankan lima kerusi Parlimen yang dimenanginya pada PRU14 dan optimis dapat memenangi lebih banyak kerusi pada PRU15.

PH turut menyenaraikan Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dan Setiausaha DAP negeri, Cha Kee Chin untuk mempertahankan kerusi Parlimen Seremban serta Rasah.

Amanah pula akan mengumumkan tiga calonnya esok bagi kerusi Jelebu, Jempol dan Tampin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.