`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, October 31, 2022

Bilik gerakan BN Parlimen Arau ditutup, bendera diturunkan

 

Shahidan Kassim melalui hantaran Facebook memaklumkan bilik gerakan BN arau ditutup dan semua bendera parti sudah diturunkan

PETALING JAYA : Semua bilik gerakan Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Arau didakwa ditutup dengan semua bendera parti diturunkan.

Perkara itu dimaklumkan penyandang kerusi Parlimen berkenaan, Shahidan Kassim dalam hantara di Facebooknya sebentar tadi.

Shahidan dalam hantarannya turut menyifatkan tindakan apa yang berlaku itu adalah yang pertama dalam sejarah BN Arau.

“Malam ini adalah malam kesedihan yang teramat sangat. Semua bilik gerakan BN Parlimen Arau telah ditutup dan bendera telah diturunkan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Kali pertama dalam sejarah,” tulis ringkas namun meninggalkan tanda tanya sama ada beliau digugurkan sebagai calon atau sebaliknya.

Terdahulu, berlegar desas desus beberapa pemimpin Umno digugurkan daripada dicalonkan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan antara yang dinamakan antaranya adalah Annuar Musa, Zahidi Zainul Abidin selain Shahidan sendiri.

Ia dikatakan ada kaitan dengan kelantangan pemimpin berkenaan yang lantang bersuara menentang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Baru-baru ini, Zahid dalam hantaran di Facebooknya turut menegaskan bahawa beliau tidak akan mengulangi kesilapan memilih calon yang merasakan diri mereka “lebih besar” daripada perjuangan parti dalam PRU15.

Zahid mengakui menjadi tugas mencabar untuk pemimpin tertinggi parti membuat keputusan, namun ia perlu digalas bagi memastikan “pisang tidak berbuah dua kali”.

“Insya Allah, ‘Top Five’ Umno akan pastikan calon yang dipilih nanti pemimpin yang mempunyai disiplin tinggi, tidak berkepala besar, berani mempertahankan Umno daripada diperlekehkan, tidak bersuara sumbang terhadap kepimpinan mereka sendiri.

“Selain (itu) mempunyai sokongan akar umbi yang kuat tanpa mengira tempat bertanding,” katanya.

Tanpa menamakan sesiapa, Zahid berkata, apabila Parlimen dibubarkan, ada dalam kalangan wakil rakyatnya “baru sedar” bahawa segala yang dinikmati mereka adalah disebabkan mereka ahli Umno, bukannya ahli parti lain. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.