`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 20, 2022

Cadangan apung harga telur ayam wajar diteliti, kata penganalisis

 

Penganalisis ekonomi berkata, pembiayaan subsidi hanyalah mengubati “simptom” tanpa merawat “penyakit” sebenar yang dihadapi.

PETALING JAYA: Kerajaan wajar meneliti cadangan supaya harga telur ayam diapungkan secara terperinci susulan laporan bekalan sumber protein negara itu tidak akan bertambah baik sekiranya harga terus dikawal.

Penganalisis ekonomi Wan Azrain Adnan berkata, ia sebagai langkah “win-win” untuk pengguna dan pembekal yang akhirnya dapat mengurangkan beban pembiayaan subsidi oleh kerajaan.

“Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan Malaysia, Ronald Kiandee, dari Feb 2022 hingga Sept 2022, kerajaan telah memberikan peruntukan subsidi ayam dan telur sejumlah RM1.233 bilion.

“Sekiranya jumlah subsidi yang besar ini berpanjangan, sudah pasti ianya akan memberi tekanan kepada kewangan negara,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau yang juga ketua pegawai eksekutif MATA Aerotech berkata, pembiayaan subsidi itu hanyalah mengubati “simptom” tanpa merawat “penyakit” sebenar yang dihadapi.

MATA Aerotech ialah sebuah organisasi berteraskan teknologi dron dalam sektor pertanian. Organisasi ini terbabit dalam pelbagai aktiviti berkaitan teknologi seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan dan pemasangan, pengujian, latihan, perkhidmatan serta analisis data. Analisisnya kebanyakan dibuat berdasarkan sumber industri di dalam penternakan ayam.

“Kerajaan mesti segera mencari solusi jangka masa panjang yang mampan agar ekonomi ayam terus berdaya-saing dan stabil.

“Solusi tersebut wajar mengimbangi antara kemampuan pengguna untuk membeli (affordability) dan kemampuan penternak untuk membekal (availability),” katanya.

Tambahnya, agenda keselamatan makanan negara mesti menjadi keutamaan semua pemegang taruh.

Pada 7 Okt lalu, kerajaan bersetuju menaikkan subsidi bagi telur ayam gred A, B dan C daripada tiga sen ketika ini kepada lapan sen.

Keputusan itu bermakna kerajaan perlu menanggung pertambahan subsidi telur ayam kepada lebih RM90 juta setiap bulan.

Harga maksimum runcit telur ayam bagi gred A ditetapkan pada 45 sen/biji; gred B (43 sen/biji) dan gred C (41 sen/biji) di Semenanjung.

Bagi Langkawi, Sabah, Sarawak dan Labuan, harga maksimum ayam dan telur adalah berbeza mengikut zon dan daerah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.