`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 20, 2022

Cuba halang karnival usahawan, kerajaan PKR tak prihatin terhadap penjaja, kata Ismail

 

Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun berbeza parti dengan kerajaan pusat, pentadbiran negeri seharusnya menyokong sebarang usaha demi kepentingan usahawan kecil. (Bernama pic)

PUNCAK ALAM: Ismail Sabri Yaakob mendakwa kerajaan negeri Selangor cuba menghalang karnival usahawan yang dianjurkan oleh Kementerian Usahawan dan Koperasi di sini.

Beliau berkata, ini menunjukkan sikap sebenar kepimpinan PKR yang tidak prihatin terhadap golongan penjaja.

Katanya, walaupun berbeza parti dengan kerajaan pusat, pentadbiran negeri seharusnya menyokong sebarang usaha demi kepentingan usahawan kecil.

“Saya diberitahu, kerajaan negeri tak benarkan program ini berjalan tetapi tapak program ini ialah tapak swasta dan kita dapat kebenaran dari tuan tanah … jadi mereka tak boleh halang.

“Kita buat untuk kepentingan penjaja dan usahawan di Selangor, bukan untuk berkempen,” katanya ketika berucap merasmikan karnival usahawan dan koperasi peringkat Selangor.

“Kita nak bagi peluang kepada usahawan kecil tetapi mereka tak benarkan. Begitulah sebenarnya sikap mereka terhadap golongan penjaja.”

BERITA LANJUT MENYUSUL - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.