`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 21, 2022

Gagal Bina Manusia

 Yang berikut adalah klip video yang saya terima dalam WhatsApp tadi. Saya tak tahu siapa Pak Haji yang sedang bercakap ini tetapi video-nya singkat saja :

 


 

Jadi Pak Haji ini complain bahawa kita :

  • gagal bina manusia
  • manusia kita sangat rendah
  • kita tanam benih yang keluarkan buah beracun
  • cost of doing business di Malaysia tercorot
  • bila perniagaan di Malaysia mesti ada rasuah

Saya sudah lama fed up mendengar puak-puak agama ini menuding jari kepada orang lain atas kegagalan, kelemahan, kejatuhan moral dan kejatuhan akhlak di kalangan masyarakat, terutama sekali masyarakat Islam.

Pertama sekali, dalam bahasa omputih, "speak for yourself". 

Maksudnya  pergilah melihat muka sendiri di cermin dulu. Jangan cuba kumpulkan semua orang atau memasukan semua orang dalam kategori yang serupa dengan tuan.

Orang lain, bangsa lain, agama lain tidak mengalami masalah kegagalan bina manusia, masalah manusia yang sangat rendah, masalah buah beracun dan masalah rasuah yang dialami masyarakat Islam dalam negara kita. Masing-masing berbeza.

Pemimpin parti lebai sudah mengaku bahawa  orang Islam sering terlibat rasuah tetapi dia menuding jari kepada "bukan Islam" yang dia menuduh mereka adalah punca rasuah itu !! Maka terjadilah tajuk berita :



 

Maksudnya :  "Ya kami berasuah tetapi itu adalah salah awak, bukan salah kami".   Banyak cantik.

Berkenaan 'cost of doing business' pula negeri Pulau Pinang yang di bawah pentadbiran parti politik DAP yang majoriti ahli dan pemimpinnya Cina adalah sebuah negeri yang maju, bersih, aman dan di mana rakyat umum, peniaga dan pedagang kurang diugut oleh pegawai perasuah. Urusan lesen perniagaan, penguatkuasaan kebersihan, permohonan geran tanah, permohonan kelulusan hartanah, tapak kilang dsbnya agak lancar dan dipermudahkan. 

Ini tidak bermaksud bahawa tiada rasuah langsung di peringkat lain di Pulau Pinang tetapi pada amnya rakyat marhaen dan peniaga biasa kurang diugut oleh pegawai perasuah yang menjadi kebiasaan di negeri lain.

Maksudnya masyarakat bangsa lain dan masyarakat agama lain sudah berjaya dan makin berjaya membina manusia, membangunkan masyarakat yang lebih tinggi dan mereka jauh lebih kurang menanam benih yang keluarkan buah beracun.

Jadi saya ingin nasihati puak-puak agama kita jangan cepat menyalahkan orang lain atau menuding jari kepada orang lain. Apakah peranan tuan-tuan sebagai puak agama dalam TIDAK MENANGANI kemerosotan akhlak, moral dan adab masyarakat Islam? Please do not say bahawa tuan-tuan langsung tidak bertanggungjawab dalam kegagalan masyarakat tuan-tuan sendiri? Tolong jangan cuba mengangkat diri sebagai lembu suci. 

Dan ada satu perkara lagi yang saya hairan dan juga tidak hairan.

Yang saya hairan ialah simpulan bahasa Inggeris 'ostrich burying its head in the sand' yang maksudnya burung unta yang "membenamkan" kepala dalam tanah apabila takut binatang pemangsa. (Ini adalah simpulan bahasa saja dan tidak benar dalam alam burung unta. Maka saya minta maaf dulu kepada semua burung unta.)


 

Saya merujuk puak-puak agama yang diam membisu seribu berkenaan perkara yang saya tidak hairan lagi - ia itu penglibatan pendakwah agama dalam pelbagai  salah-laku seks. Contohnya berita berikut:



Bukan saja pendakwah selebriti tetapi sejak sekian lama "pandemik" ini masih merebak tanpa ada sebarang vaksin untuk menyekat jangkitannya.  Maksud saya adalah pandemik geng agamawan yang ditangkap Polis dan dihadapkan ke Mahkamah atas tuduhan jenayah seks. 

Kita telah pun baca laporan media berkenaan kes liwat budak lelaki, rogol budak perempuan, mencabul, kirim gambar lucah dalam handphone, hantar mesej lucah dalam handphone  yang melibatkan puak-puak agama. Seorang pendakwaraya pernah menyatakan  sewaktu kes Mahkamah bahawa terdapat banyak kes jenayah seks melibatkan orang agama.  

Padahal setiap tahun kita belanjakan berbillion Ringgit duit rakyat untuk bayar gaji dan elaun puak-puak agama, sponsor program melibatkan pendakwah bebas, pendakwah selebriti, guru-guru agama di sekolah dan serupanya. Umum juga menyumbangkan duit "sumbangan ikhlas" yang dikutip puak-puak agama. Termasuk pelbagai Tabung Tin Milo. 

Di negeri Cina, mereka mendidik kanak-kanak sekolah 15 jam seminggu dalam matapelajaran matematik. Dalam negara kita matematik diberi tumpuan kurang tiga jam seminggu. Agama pula diajar sebanyak 11 waktu seminggu (11 periods).

Jadi duitnya kita sudah bayar. Masa pelajaran sekolah pun telah dihabiskan. Tetapi di mana pula "Return on Investment"-nya?

Sebaliknya timbul tuduhan (yang bukan salah) kita gagal ini dan kita gagal itu. Ya kita sudah gagal but where is your contribution? Di mana pula sumbangan tuan untuk membangunkan masyarakat? Rupanya tuan pun gagal sekali.

Cadangan saya begini sajalah.

Kita perlu faham bahawa puak agama TIDAK boleh bantu menyelesaikan masalah kehidupan harian negara kita. Ataupun realiti kehidupan harian. The daily realities of life. 

Sebabnya adalah sangat simple. Puak agama tidak mempunyai ilmu dan kepakaran untuk menangani wal hal dan masalah kehidupan harian, ekonomi, rasuah, masyarakat dsbnya.  Semua itu adalah di luar kepakaran mereka. 

Rasuah tidak termasuk dalam kesalahan hudud?
 

Mendengar video di atas itu memang betul masyarakat Melayu Islam dalam negara kita menghadapi banyak masalah. Kita gagal membina manusia yang kita happy dengan-nya.

Contohnya, bagi saya, masalah ekonomi orang Melayu sebenarnya bukanlah sebab faktor-faktor "ekonomi".  

Bagi saya untuk mengatasi pelbagai masalah masyarakat Melayu Islam (yang disebut dalam video itu) kita perlu rujuk kepakaran saintis dalam bidang saikoloji, psikiatri, antropologi, social science (sains kemasyarakatan) dan serupanya untuk mengkaji balik keseluruhan daripada kesan budaya, tradisi dan agama orang Melayu Islam dalam membina atau tidak membina masyarakat yang berjaya.  

Apakah perbandingan antara budaya, tradisi dan agama orang Melayu Islam dan bukan Melayu, bukan islam  dan kesannya terhadap kejayaan atau 'kegagalan' masing-masing. 

Kita buat comparative study. 

Kita tidak boleh merobah satu dunia (atau jiran kita pun) untuk menyesuaikan-nya dengan keadaan kita.  

Kita yang perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dunia.

Kalau nak buat kayu kita cari lah pandai kayu. Kalau nak buat besi kita carilah pandai besi. Kalau nak buat masyarakat kita carilah pandai masyarakat.

Kita jangan tersilap pilih tukang.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.