`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, October 20, 2022

Ismail janji terus bela nasib penjaja, peniaga kecil jika menang PRU15

 

Ismail Sabri Yaakob berharap penjaja dan peniaga kecil ‘membantunya’ dalam PRU15, dengan memberi kepercayaan kepada parti yang membantu kumpulan itu.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob berjanji akan terus membela nasib penjaja dan peniga kecil, jika beliau dilantik sebagai perdana menteri semula selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, beliau memahami perasaan golongan itu kerana dirinya pernah menjadi penjaja ketika kecil dengan menjual limau dan ikan di pasar minggu Temerloh.

“Penjaja sentiasa dekat di hati saya. Apa yang penjaja bangkitkan saya faham, sebab saya pernah menjadi penjaja, hidup saya sama dengan penjaja, apa yang penjaja rasa, saya dah lalui dulu.

“Sebab itu setiap permohonan penjaja pasti saya luluskan,” katanya ketika berucap dalam Pesta Mega Penjaja, Peniaga dan Usahawan Kecil di Dataran Merdeka.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Beliau yang bersetuju menjadi penaung Gabungan Persatuan-persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia, berharap penjaja dan peniaga kecil “membantunya” pada hari pengundian, dengan memberi kepercayaan kepada parti yang membantu kumpulan itu.

Ditanya mengenai maksud bantuan yang dimintanya daripada penjaja dan peniaga kecil selepas majlis itu, Ismail berkata, terpulang kepada semua pihak untuk menilai maksud ayat itu.

Beliau berkata, semua permintaan penjaja dan peniaga kecil hanya boleh dilaksanakan selepas PRU15 kerana sebagai perdana menteri sementara, beliau tidak boleh meluluskan sebarang peruntukan.

Mengenai pembabitan agensi perisikan asing yang dikatakan mendalangi penculikan warga Palestin di ibu negara bulan lalu, Ismail berkata, beliau belum mendapat maklumat penuh daripada polis dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita tunggulah lepas saya jumpa dengan ketua polis negara, ketua pengarah MKN dan semua agensi berkaitan, saya dapatkan laporan tu.

“Tahap keselamatan seperti yang dijamin masih okey, rakyat tak perlu bimbang,” katanya.

Terdahulu, media tempatan melaporkan warga Palestin berusia 31 tahun itu diselamatkan sehari selepas diculik sekumpulan rakyat tempatan yang dipercayai direkrut agensi perisikan Israel, Mossad bagi membantu rejim Zionis memburu anggota Hamas di Malaysia.

Lelaki itu diselamatkan selepas polis menahan 18 individu dalam operasi berasingan di Kuala Langat, Ampang, Beranang di Selangor serta Melaka dari 29 Sept hingga 4 Okt lalu.

Jumaat lalu, 10 lelaki dan seorang wanita berusia 21 hingga 42 tahun didakwa secara niat bersama menahan Omar ZM Albelbaisy Raeda untuk mendapat ganjaran, iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktif perisian komputer yang digunakan untuk menggodam telefon bimbit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.