`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 18, 2022

Isteri ketiga didakwa cederakan madu dengan parang

 

Tertuduh yang bekerja sebagai penternak kambing memberitahu mahkamah dia bertindak demikian kerana mempertahankan diri.

PETALING JAYA: Seorang wanita yang juga isteri ketiga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah atas tuduhan mencederakan madunya yang juga isteri keempat dengan parang dalam pergaduhan pada Sabtu lalu.

Menurut Sinar Harian, Che Ruslyzay Shawaratuaini Che Roslan, 36, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, Che Ruslyzay didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang wanita berusia 41 tahun menggunakan parang di sebuah rumah di Felda Lui Timur, Jempol pada 4.30 petang, 15 Okt lalu.

Tertuduh yang bekerja sebagai penternak kambing didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326 A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Amirul Noor Hashimi memberitahu mahkamah, pihaknya tidak menawarkan sebarang jaminan dan memaklumkan bahawa tertuduh dan mangsa adalah bermadu.

Katanya, tertuduh adalah isteri ketiga dan mangsa, isteri keempat.

Che Ruslyzay dalam rayuannya minta dibebaskan dengan jaminan rendah dan memberitahu, dia hanya mempertahankan dirinya ketika kejadian.

Norma kemudian menetapkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tertuduh tidak dibenarkan mendekati mangsa.

Beliau kemudian menetapkan kes itu disebut semula 5 Dis ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.