`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 25, 2022

PRU15: Gerakan tanding guna logo PN

 

Dominic Lau mengakui ramai pengundi tidak tahu parti itu telah keluar daripada Barisan Nasional (BN) namun yakin kesedaran orang ramai semakin meningkat.

PETALING JAYA: Gerakan memutuskan untuk menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Menurut Presidennya, Dominic Lau, keputusan muktamad itu dibuat hasil mesyuarat yang diadakan bersama kepimpinan PN pada minggu lalu.

“Keputusan muktamad, kita gunakan logo PN (untuk) menghadapi PRU15,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Bilik Gerakan PN Parlimen Bayan Baru di sini, hari ini, lapor Berita Harian.

Sebelum ini, akar umbi peringkat cawangan dan bahagian menyuarakan isu penggunaan logo itu dalam persidangan Gerakan Pulau Pinang susulan kebanyakan pengundi yang tidak sedar bahawa parti terbabit telah keluar daripada Barisan Nasional (BN).

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Perkara itu diakui oleh Lau namun beliau yakin kesedaran orang ramai semakin meningkat selepas pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor.

“Kita akan terus memaklumkan kepada masyarakat terutama golongan veteran bagi memastikan maklumat berhubung pendirian GERAKAN yang kini berada di bawah PN sampai kepada rakyat.

“Hala tuju dan objektif parti kini adalah untuk memenangkan PN dan bukan sekadar bertumpu kepada Gerakan,” katanya.

Beliau turut menyatakan kesediaan untuk kembali sebagai calon di Pulau Pinang namun kerusi mana yang akan ditandingi, sama ada Parlimen atau DUN akan diputuskan pucuk pimpinan.

Katanya, nama calon dijangka diumum sebelum 30 Oktober ini secara serentak di setiap negeri.

“Secara keseluruhan, Gerakan dijangka bertanding sekurang-kurangnya 18 kerusi Parlimen di seluruh negara dengan 80 peratus adalah calon muda dan muka baharu.

“Di Pulau Pinang, Gerakan berhasrat bertanding di lima Parlimen iaitu Jelutong, Bayan Baru, Bukit Bendera, Tanjong dan Batu Kawan,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.