`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, October 19, 2022

Terbuka tanding di Titiwangsa jika bukan Bagan Serai, kata Wan Fayhsal

 

Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal terbuka sekiranya parti mencalonkannya di Titiwangsa, sesuai kedudukannya sebagai ketua bahagian Bersatu kawasan berkenaan.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang sudah dua tahun “bekerja” di Parlimen Bagan Serai akur jika tidak dipilih bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ini susulan penyandangnya, Dr Noor Azmi Ghazali membayangkan mahu mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU akan datang. Pada PRU 2018, Noor Azmi menang kerusi itu di bawah tiket Barisan Nasional (BN) sebelum melompat ke Bersatu.

Bagaimanapun, Wan Fahysal berkata beliau terbuka sekiranya parti mencalonkannya di Titiwangsa, sesuai kedudukannya sebagai ketua bahagian Bersatu kawasan berkenaan.

“Saya ketua Bersatu Titiwangsa, kalau tanya saya di mana saya layak bertanding (selain Bagan Serai) kalau ikut jawatan parti adalah Titiwangsa sebab saya ketua bahagian di situ,” katanya kepada FMT.

Pada Mei lalu, Wan Fayhsal dilapor berhasrat mahu bertanding di Parlimen Bagan Serai pada PRU15.

“Apa pun saya akan akur dengan apa saja keputusan parti. Saya dah buat kerja (di Bagan Serai) tetapi saya tahu ada penyandang dan apa sekali pun saya tetap akan ikut arahan parti.

“Kalau parti kata tak boleh pergi, saya akur… kalau parti kata tak payah bertanding saya akur,” katanya.

Ketua Wanita Bersatu Sepang, Rina Harun adalah penyandang kerusi Parlimen Titiwangsa. Bagaimanapun, timbul desas-desus beliau akan bertanding di Sepang pada PRU kali ini.

Mengulas lanjut, Wan Fayhsal berkata Parlimen Titiwangsa disifatkan sebagai “kerusi sukar” kerana melibatkan pertembungan pelbagai penjuru, dan sentimen pengundi yang berbeza.

“Kerusi bandar ni macam-macam boleh jadi sebab kerusi bandar ni duit penting tetapi sentimen pengundi pun berbeza… Titiwangsa dah jadi ‘multicornered fight’.

“Jadi susah nak baca, saya punya pandangan kalau ditakdirkan bertanding di situ saya akan buat yang terbaik,” katanya.

Menurutnya senarai calon Bersatu bagi PRU15 dijangka lengkap selewat-lewatnya Isnin depan kerana memerlukan proses tapisan ketat, agar setiap calon tidak mempunyai sebarang kes jenayah.

“Paling lambat (senarai akhir calon) Isnin depan, minggu ini setiap hari ada perbincangan mengenai kerusi… ia dah hampir selesai. Calon pun dua tiga hari nak saring… itu beza dengan parti lain, sebab kalau ada ‘red flag’ atau kes, kita takkan bagi bertanding,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.