`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 17, 2022

DAP terima hakikat PM mesti Melayu, kata Loke

 

Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook, menyeru pengundi menjadikan PRU15 peluang membuang politik perkauman.

PETALING JAYA: DAP menerima hakikat negara ini perlu dipimpin perdana menteri Melayu, namun calon itu mestilah berwibawa, bersih, jujur dan mempunyai intelektual, kata setiausaha agungnya, Loke Siew Fook.

Katanya, justeru rakyat diminta menggunakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sebagai peluang membuang politik perkauman, sekali gus mengubah landskap politik negara.

“Kita terima hakikat, di depan saya ini ramai orang Cina, Melayu pun ramai. Saya beritahu pada rakan-rakan Melayu, kita dalam DAP terima dan hormat bahawa kepimpinan Malaysia, perdana menteri mesti Melayu.

“Tetapi, kita mahu Melayu yang berwibawa, yang bersih, yang jujur, yang ada intelektual macam (Datuk Seri) Anwar Ibrahim supaya Malaysia disegani dan dihormati.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Cukuplah dengan politik perkauman. Kita gunakan PRU15 untuk memecahkan politik perkauman dan naikkan kerajaan PH di bawah Anwar,” katanya menurut Astro Awani.

Loke berkata demikian ketika berucap dalam Grand Finale Jelajah Mega Pakatan Harapan(PH) di Keramat, malam tadi.

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata, PH satu-satunya gabungan parti politik yang bersedia mengambil alih Putrajaya dan mentadbir negara, dan ia dibuktikan menerusi fokus mereka terhadap isu rakyat sepanjang kempen PRU15 kali ini.

“Barisan Nasional (BN) kata Perikatan Nasional (PN) tak guna, pengkhianat. PN kata (Datuk Seri) Ahmad Zahid Hamidi korup, rasuah dan tak boleh kerjasama. Tetapi, semalam mereka umum kalau tak ada majoriti, kita peluklah, tubuhkan kerajaan. Politik apa ini?” soalnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.