`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, November 17, 2022

Isteri Nik Aziz tidak restu anak bertanding selain PAS

 

Tuan Sabariah Tuan Ishak berkata beliau dan arwah suami mendidik anak-anak sejak kecil supaya istiqamah dengan perjuangan Islam bersama PAS. (Gambar Facebook)

KOTA BHARU: Isteri Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tuan Sabariah Tuan Ishak mendedahkan beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya bertanding dalam pilihan raya melainkan atas tiket PAS.

Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada anaknya, Nik Omar yang bertanding di Parlimen Pasir Salak atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook PAS pusat, Tuan Sabariah berkata, beliau dan arwah suami sudah mendidik anak-anak sejak kecil supaya istiqamah dengan perjuangan Islam bersama PAS.

“Saya tidak pernah merestui mana-mana anak saya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket PAS.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Almarhum Tuan Guru dan saya sudah mendidik anak-anak sejak kecil supaya kekal Istiqamah dengan perjuangan Islam bersama PAS,” katanya dalam kenyataan.

Nik Omar anak kedua bekas mursyidul am PAS berhadapan saingan empat penjuru yang melibatkan calon Barisan Nasional (BN) Khairul Azwan Harun, Jamaludin Yahya (Perikatan Nasional) dan Zairol Hizam Zakaria (Pejuang).

Pada PRU14, Tuan Sabariah turut kecewa dan sedih apabila Nik Omar memilih untuk bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka, kerusi yang disandang Nik Abdul Aziz, namun tewas.

Ketika itu, Nik Omar yang menyertai Amanah bertanding menggunakan lambang PKR.

Sewaktu kempen di DUN Chempaka, Tuan Sabariah berkata: “Saya mempunyai 10 anak, namun hanya seorang saja ‘ponteng’.”

“Sehingga kini, saya berpegang kepada pesanan Allahyarham suaminya iaitu tiada parti lain yang lebih baik melainkan PAS saja dan tidak sesekali beralih arah walaupun ada pihak memujuk,” katanya yang dipetik sebagai berkata. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.