`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 22, 2024

3 kenderaan terbakar di NKVE

 

kereta terbakar
Bomba memadam tiga kenderaan yang terbakar di NKVE petang tadi. (Gambar JBPM)

SHAH ALAM
Tiga kenderaan terbakar dalam kemalangan di Kilometer 4.4 Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dari arah Setia Alam menghala ke Shah Alam, petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata kejadian melibatkan dua kereta jenis sedan dan sebuah kenderaan pacuan empat roda itu tidak melibatkan kemalangan jiwa, namun tiga pemandu kenderaan tersebut dilaporkan mengalami kecederaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 3.38 petang sebelum menggerakkan lima anggota bersama jentera ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi 15 minit kemudian, didapati berlaku kebakaran melibatkan tiga kenderaan dengan dua buah kereta jenis sedan terbakar sepenuhnya manakala kenderaan pacuan empat roda terbakar 50%. 

Semua mangsa dibawa ke hospital sebelum bomba sampai dan setakat ini, tahap kecederaan dan maklumat mangsa belum diketahui,

 katanya dalam kenyataan.

Mukhlis berkata operasi pemadaman lebih satu jam itu selesai pada 5.20 petang.

Ketua Polis Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim, berkata siasatan lanjut mendapati kemalangan itu melibatkan empat kenderaan dan tiga lelaki warga tempatan serta seorang lelaki warga China berusia antara 22 hingga 39 tahun.

Iqbal memohon orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Shah Alam Zaharizul Zamri di talian 019-3229097 bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.