`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 1, 2024

Kerajaan akan bawa keluar 15 rakyat Malaysia di Lubnan

 

Free Malaysia Today
Sejak 23 Sept Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap apa yang dikatakannya sebagai sasaran Hizbullah di seluruh Lubnan. (Gambar EPA Images)

PETALING JAYA
Kerajaan sedang melakukan penyelarasan bagi proses evakuasi 15 rakyat Malaysia yang kini berada di Lubnan, kata Kementerian Luar.

Wisma Putra dalam kenyataan memaklumkan pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Beirut kini dalam persediaan evakuasi tersebut, yang turut melibatkan tiga warganegara asing iaitu pasangan kepada rakyat Malaysia yang masih berada di Lubnan.

“Berikutan situasi semakin meruncing, sembilan rakyat Malaysia telah meninggalkan Lubnan secara sukarela.

Manakala empat rakyat Malaysia memilih untuk terus kekal di Lubnan,
 katanya.

Katanya, empat pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Beirut akan meneruskan operasi di Lubnan sehingga dimaklumkan kelak.

Rabu lalu, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia di Lubnan membuat persiapan segera meninggalkan negara itu secara sukarela berikutan keadaan semakin runcing.

Warga Malaysia diminta menangguhkan semua perjalanan ke Lubnan sehingga keadaan di negara itu kembali stabil.

Sejak 23 Sept, Israel melancarkan serangan udara besar-besaran terhadap apa yang dikatakannya sebagai sasaran Hizbullah di seluruh Lubnan, membunuh lebih 900 orang dan mencederakan lebih 2,700 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Beberapa komander Hizbullah turut terbunuh dalam serangan itu, termasuk pemimpinnya Hassan Nasrallah yang dibunuh dalam serangan udara di Beirut pada 27 Sept lalu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.