Semalam harga minyak dunia jatuh ke tahap US$55 satu tong. Hari ini mungkin naik sikit. Tapi pada keseluruhannya harga minyak dunia sedang menurun. Jika tegangan politik antara Amerika Syarikat dan Venezuela lebih reda atau berkurangan tidak mustahil harga minyak dunia akan menurun kepada level US$50 satu tong ataupun ke bawah US$50 satu tong.

Soalan cepu mas ialah bagaimana pula dengan harga minyak di stesen minyak? Kalau harga minyak sedunia sudah jatuh merudum, harga minyak di stesen minyak patut menurun juga. So what is happening?
Takkan depa nak tunggu harga minyak naik balik? That is not fair. Tak aci lah. Semua manusia lain dalam dunia dapat jimat duit dengan penurunan harga minyak. Sila lihat carta penurunan harga minyak di Amerika Syarikat dari bulan November hingga Disember 2025:
Kita pula macam mana?
Soalan lebih besar dan patut merunsingkan - despita peperangan di Ukraine, sekatan ekspot minyak Rusia, sekatan ekspot minyak Iran yang buat tak senonoh dan sekarang sekatan ekspot minyak Venezuela yang sepatutnya akibatkan harga minyak dunia naik tetapi yang berlaku pula adalah yang sebaliknya. Harga minyak dunia menurun.
Imagine bila perang Ukraine selesai (tidak lama lagi) dan ekspot minyak Rusia kembali seperti biasa - saya percaya harga minyak dunia akan jatuh lagi.
Sebab utama ialah penggunaan minyak oleh negara China sedang 'plateau' ia itu bertambah sedikit.
3 Dec 2025 - "Chinese oil demand plateaued last year (2024) amid surging electric vehicle sales and a slowdown in the country's construction sector, the International Energy Agency said Tuesday. The finding represents a major shift for global oil markets. China accounted for 60 percent of global oil demand growth between 2013 and 2023. That rapid growth now appears to be over."
So ingat baik-baik ok. Kalau harga minyak dunia jatuh, harga minyak di stesen minyak kita pun patut menurun. Jangan pula harga minyak satu dunia menurun tapi kita pula di perbodohkan lagi.
The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.