Pengunjung Perpustakaan Negara Malaysia bakal menikmati pengalaman pembelajaran digital berteknologi tinggi menerusi pengenalan Pusat Pembelajaran Imersif.

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata projek itu dibangunkan bagi memperluas akses kepada sumber maklumat digital selaras dengan peredaran masa.
Menurutnya, inisiatif tersebut turut bertujuan menggalakkan penggunaan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh perpaduan menerusi program literasi digital yang lebih komprehensif.
“Projek ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Belanjawan 2025 di bawah Pendigitalan Khazanah Warisan Negara, yang bermula pada 15 Mac dan siap sepenuhnya pada 28 Nov lalu.
“Pusat ini adalah satu inisiatif strategik yang bertujuan memperkenalkan serta memanfaatkan teknologi terkini seperti realiti maya (VR), realiti terimbuh (AR), metasemesta (metaverse), hologram, avatar pustakawan, skrin LED, panel interaktif, robozone serta AR photobooth,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, inisiatif itu dilaksanakan bagi memperkaya pengalaman pembelajaran digital dalam kalangan pengguna, selain memperkukuh peranan PNM sebagai peneraju perpustakaan moden dan progresif di Malaysia. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.