Polis berkata pemandu hilang kawalan ketika cuba mengambil telefon bimbit yang terjatuh ke bawah kerusi.

Ketua Polis Kuala Langat, Mohd Akmalrizal Radzi, berkata kejadian kira-kira 3.20 petang itu berlaku ketika seorang lelaki tempatan berusia 40-an memandu Porsche Panameranya dari Shah Alam menuju Jenjarom.
Ketika kejadian, katanya, telefon bimbit yang digunakan lelaki itu untuk membuka aplikasi Google Maps terjatuh ke bawah kerusi.
Menurutnya, ketika cuba mengambil telefon bimbit itu, pemandu berkenaan hilang kawalan dan keretanya terbabas melepasi parit sebelum terhenti atas tebing.
“Pemandu itu mempunyai lesen memandu sah dan tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Kuala Langat, Mazrol Mohd Din di talian 03-31872222 atau 011-18539115 atau mana-mana balai polis berhampiran. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.